Showing posts with label tak sihat. Show all posts
Showing posts with label tak sihat. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Minggu Ini Dalam Sejarah


1. Isnin - Ambik cuti jaga suami yang demam teruk.

2. Selasa - Bikin gempak dekat sekolah..hampir-hampir nak pitam. Nasib ada cikgu-cikgu lain yang bantu. Balik sekolah, Enchik Suami jemput. 1st timeeeee tu!

3. Rabu - Keadaan masih tak stabil. So, MC lagi. Tapi doc memang dah bagi MC siap-siap. Macam dah tau je kan..:p

4. Khamis - Dah bersemangat nak pergi sekolah, tapi Enchik Suami kata saya tak sihat sepenuhnya. Ditambah pulak, tetiba ada bintik-bintik merah dekat badan. Enchik Suami terus panik. Terus bawak jumpa Doc. Again, dapat MC lagi.  Haih.

5. Jumaat - Bangun pagi, kepala dah sakit sangat. Gara-gara tak boleh tidur 2 malam. Tapi masih bersemangat nak pergi sekolah. Baju semua dah pakai. Alih-alih angin puting beliung datang..Bwekkkkkk~ Muntah-muntah pulak. Kebetulan Enchik Suami baru balik. Apelagi, terus tak bagi pergi sekolah. Tuan badan dah nangis-nangis nak g sekolah, tapi hakikatnya tuan punya badan dan nak pengsan. Kepala makin sakit. Finally, MC lagi..:((((

Sekian untuk minggu ini. Semoga saya dapat ceria seperti selalu..:((



Harap-harap besok dapat seceria ni..



cikgufarhana:menaip dalam kepeningan.

Monday, September 19, 2011

Enchik Suami Demam Teruk..:(


Hari ni terpaksa ambik cuti sebab Enchik Suami demam teruk. High fever. Panas sangat badan dia. Risau dibuatnya sebab Enchik Suami jarang demam teruk macam ni. Selama 2 tahun lebih hidup ngan dia, ni la 1st time dia demam teruk sampai nak collapse. Hopefully, Enchik Suami cepat sembuh.



cikgufarhana:semoga demam tu tak berjangkit kat saya.keje banyak sgt niii!

Thursday, March 17, 2011

Tak Lalu Makan

Sejak-sejak demam hari tu, selera ni makin kurang pulak. Makan nasi sikit je dah kenyang. Lidah ni pulak rasa pahit je. Makan apa pun rasa tawar je. Takde nikmat makan langsung! Huhu. Rasa nak makan manis-manis je. Tu yang konon-konon buat kek coklat semalam. Tapi bantatla pulak. Kempunan~



 Dapat sepotong pun jadilah..Sedapnya~



credit to: enchik google



Petang ni, plan nak masak gulai daging untuk Enchik Suami. Lama tak masak gulai daging. Harap-harapla jadik. Kena abiskan stok dalam fridge jugak. Esok nak balik JB. Yeay! Balik kampung!




cikgufarhana:hubby suggest makan jeruk bagi hilang rasa pahit.

Monday, March 14, 2011

Demam Selsema

Dah berapa bulan tak kena demam. Time cuti sekolah pulak kena demam. Tapi okeyla kan. Tak payah amik MC. 
Cuma tak best sket. Niat di hati cuti sekolah ni  nak masak sedap-sedap, kaw-kaw untuk hubby. Postponela jawabnya. Ni pun tak larat nak masak. Makan pun tak lalu. Semalam masak bubur ayam je. Dengan Enchik Suami sekali makan bubur. Hehe. Sianla dia.Harap-harap cepatla sihat. Kerja sekolah pun tak sentuh lagi ni. Nama je cuti sekolah, kerja banyak wooo~





cikgu_farhana: agaknya dah banyak dosa-dosa kecik.huhu

Wednesday, February 23, 2011

After 40 Days..

Hari Isnin hari tu genap 40 hari Cikgu bleeding. Muka dah pucat. Badan makin lemah. Konon tak nak MC, last-last kena jugak MC. Doktor siap marah lagi sebab asik fikir pasal sekolah. Huhu. Dah teruk pun masih pikir pasal kerja.

Lama jugakla kat KPJ Penang tu. Mula-mula kena test darah. Doc nak tahu HB ok ke tak. Lamala jugak kat lab tu. Siap kena test darah kat cuping telinga ha.. Katanya prosedur biasa sebelum operation. Saspenla jugak kan. Takut bila dengar operation-operation ni. Huhu. Nasibla tak kena operate apa-apa. Ambik darah pulak tu. Pastu baru masuk jumpa Gynae. Doc pun dah pening kenapa bleeding tak benti-benti lagi. 

Finally, doc guna last option.. INJECTION! Nak tak nak kena injection jugak. Kalau tak, tak tau sampai bila darah nak benti. Sian Enchik Suami kan.. Seksa batin woo~Hehehe. Tang kena cucuk tu, mula-mula rasa macam kental je kan. Sampai umah barula rasa sakit. Nak mengiring pun susah. Penangan injection ok!





cikgu_farhana: next month ada appointment lagi.

Sunday, January 30, 2011

Bila CikguComey Bersukan..

Lama betul tak bersukan. Urat-urat ni dah keras haaa. Semalam turn CikguComey latih team bola jaring sekolah. Haih~ Cikgunya yang lebih-lebih bersemangat. Bukan main lompat sana, lompat sini. *comel-comel pun boleh lompat tau.jangan pandang sebelah mata!hahaha* Seronok la jugak kan. Lepas gian main bola jaring. Walaupun budaknya 4 orang je yang datang. Huhu. Hanginla jugak. Tapi takpela. Yang datang tu bersemangat pulak nak practice. Teruskan aje la.


Yang tak bestnya, malam tadi punggung dah sakit-sakit. Mula-mula belah kiri, hari ni belah kanan pulak. Huhu. Tu la akibatnya tak warm-up dulu. Bukan main suruh budak lari 10 pusingan, cikgunya dok cekak pinggang je. Haha. Padanla muka kan. Balik umah, cikgunya yang lebih-lebih sakit. Uwaa!!


Eh, macam serupa je dengan gaya CikguComey cekak pinggang semalam. 
Ngeh3. Sekarang ni jenuh mengurut pinggang ok!




cikgucomey:macam takda harapan je nak menang budak-budak ni.huhu.

Tuesday, January 18, 2011

Biskut Jem Bunga

Dah seminggu CikguComey cari biskut jem ni. Puasla cari dekat kedai-kedai runcit sampaila ke pasar. Tapi payah dah nak jumpa. Kalau kat umah mak kat Johor memang senang je nak jumpa. Yang kelakarnya, siap boleh mimpi tu cari biskut ni. Boleh pulak ek. Sampai Enchik Suami cakap, "ni belum mengidam lagi.. kalo mengidam tak taula abang.." Hehe. Penangan biskut jem!


::BISKUT JEM PUJAAN HATI::



pix credit to: coretanuda


Tadi lepas g klinik, terus singgah kedai runcit nak beli bahan mee goreng. Sambil-sambil usha la kat kedai akak tu kot-kot ada biskut jem ni kan. Sekali kooo, memang ada!Naik juling mata CikguComey. Hehe. Rasa nak makan kat kedai time tu jugak. Haha. Punyala excited. Sampai umah terus ngap. Memang sedappppp~



cikgucomey:hari ni mc sebab migrain, muntah-muntah.tapi sempat lagi cari biskut jem.haha

Thursday, November 11, 2010

Sakit Gigi!!!!!!!



Aduh~ Sakit bangat.
Tak tahan ni.





Nak cabut tak boleh. Kena tunggu tak sakit baru boleh cabut. Huhu


Tapi bila dah tak sakit, time tu la tak fikir nak cabut. Sayangla konon. Erk~
Boleh pulak ek. Dah sakit tu buang aje la kan. Nak sayang-sayang pulak. Hehe



cikgucomey:selalu sakit gigi.

Monday, November 8, 2010

MC Yang Tak Macam MC

Hari ni dapat MC.

Mula-mula malas nak gi klinik, tapi kenangkan hari Khamis ni ada program yang nak kena handle, pergi la jumpa doktor gak. Nanti melarat pulak demam.

Konon nak rehatkan dirila. Tapi tak boleh jugak! Kepala otak ni dok pikir keje yang tak siap lagi. Risau sangat. Khamis dah program, satu apa pun tak settle lagi. Adoii~ Bangun jugak buat apa yang patut.


Telefon pun dok bunyi jek.

Terlupa pulak terlibat dengan Bengkel Membuat Kek, Jumaat ni.
Haih~Aktif sungguh CikguComey.Tapi CikguComey memang suka keadaan busy2 ni. Semangat je kan.


Ini busy gila!
Kompem balik umah terus terbungkang. Hehe



Tapi kalau busy ari2 pun letih jugak. *balik umah tak larat nak layan suami pulak nanti.*



cikgucomey:tak sabar g sekolah esok.

Sunday, November 7, 2010

Demam Selsema

Ya Allah..dugaan apakah ini??


Masuk ni 2 kali dah demam. Hidung ni tak payah cakap. Dok soh~seh~soh~seh.. Penuh dah hingus. Hehe. Sila jangan geli eh. Hahaha.


Nikmat bila dapat hembus hingus kuat-kuat. Hik3.



Harap2la esok ok. Kalau boleh tak nak MC lagi. Lagipun minggu ni CikguComey ada program kena handle. *tiba2 pening pala sebab tak buat apa pun lagi.huhu* Doa2la esok semua ok.



cikgucomey:mak pesan banyak minum air.

Sunday, October 10, 2010

Bukan Rokok je Naik Harga..

Cerita ni kira dah basi la gak. Hehe. Tapi tak kira, nak citer gak.


Haritu kan CikguComey ada citer pasal demam kan, kesudahannya CikguComey dapat MC 2 hari. Terkejutla gak kan. Ingat doktor nak bagi 1 hari je. Alih2 dapat 2 hari koooo~ Ahh heaven! Hee~


Tapikan bila dah dok umah sorang2, boring gila. Kalau Enchik Suami ada takpela. Rasa macam nak g sekolah je, tapi dah doktor bagi cutikan. Lepak je la.



Eh dah melalut la plak. Sebenonya, nak cite pasal ubat demam yang cekik darah!



Korang nak tau, CikguComey ingat rokok je naik harga, rupanya ubat pun naik harga gak! Tak percaya?? Meh CikguComey tunjukkan bukti.


RM108.00 ok!
5 jenis ubat + MC.
Reasonable tak?


CikguComey tak tahula napa mahal sangat. Cashier cakap antibiotik yang mahal. CikguComey iyekan je la. Nasibla bawak duit lebih hari tu. Kalo tak, tak pasal-pasal kena g bank cucuk duit. Haha.



cikgucomey:dah sihat dah.alhamdulillah.

Tuesday, October 5, 2010

Demam Pulak

Haih~Time Enchik Suami takde di sisi barulah nak demam. Huhu.


Kalau dia ada, sihat aje. Segar bugar. Ehehe. Ini dia dah g kursus barulah demam panas. Sabar ajela. Dugaan kan. Agaknya dah banyak sangat dosa-dosa kecik tu. Hee~ *belum campur dosa besar lagi.adeii~*


Mengeluh-mengeluh jugak, tapi masih bersyukur sebab kuat lagi nak drive ke sekolah. Jauhla gak kan. 45 minit baru sampai sekolah tau! CikguComey malas nak MC. Malas nak manja2kan diri nih. Dok umah pun boring gak. Baikla g sekolah. Kalau Enchik Suami ada best gak. Boleh ngada-ngada. Hahaha.


Cepat2la kebah demam ni. Malam ni dah mula selsema. Adeii~ Jawabnya kena bawak bekalan tisu banyak2la ke sekolah esok. Huhu.



Selsema oh Selsema.



cikgucomey:teringat masa spm diserang selsema teruk.huhu

Monday, August 23, 2010

Saya Sihat!


Mintak maaf sangat ye kawan2 blogger. CikguComey tak sempat nak blogwalking. Nanti ada masa CikguComey balas jejak ye.

Alhamdulillah CikguComey sehat dah. Tadi g jumpa doc kat Johor Specialist. Semua ok. Erm tak payahla cerita panjang ek. Doakan CikguComey kesayangan semua ni *perasan betul.masih ada yg sayang ke?hehe* sihat sepanjang masa and dimurahkan rezeki untuk dapat cahaya mata. Aminnnnnn~




CikguComey:takkan berputus asa.

Tuesday, August 17, 2010

Not Feeling Well

Hurmmm..

Dah 2 hari CikguComey muntah lepas buka puasa. Gara-gara angin penuh dalam perut. Huhu. Tak larat dah ni. Perut pun rasa sakit je.





Adoyai~Dugaan apakah ini.


Enchik Suami suruh g hospital. Tapi CikguComey tersangatla malas. Taula kalau g hospital kerajaan. Letih nak nunggu. Silap2 boleh ketar2 lutut den ni nunggu. Hehe.

Harap-harapla hari ni ok. Tapi loya2 nak muntah ada rasa lagi. Adeii~Sabar aje la. Dugaan Ramadhan.



cikgucomey:rindu enchik suami.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails