Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

AZWAN ALI PROPA

Siapa tak kenal dengan Azwan Ali. Pengacara paling 'hot' seantero Malaysia. *hot ke?hihihi*
Kalau korang tak kenal, memang korang lagi teruk dari katak yang duduk bawah tempurung tu. Ehehe. Gurau je.




Bukan nak mengutuk ke nak mengeji. Sekadar nak beri komen. Eceh. Macamla komen aku ni ada orang nak baca kan. Lantakla. Blog aku, sukahati aku nak tulis apa kan. Heh.




Bila cerita pasal Azwan Ali je, ramai yang mengutuk, mencaci, mencerca dan yang sewaktu denganya. Yang peliknya, yang mengutuk, mencaci  Si Azwan ni bukannya sesama artis je, orang-orang biasa yang tak berkaitan pun. 




Aku ni bukanla baik sangat dan bukanlah nak menyebelahi Azwan Ali ni. Cuma sebagai manusia yang berpegang pada ajaran Islam, aku berpendapat cukupla-cukupla mengutuk dan mengeji sesama manusia. Kalau korang rasa tak suka artis tu, korang diam-diam sudahla. Diorang pun takde kacau korang kan. Dari mengeji, baik doakan artis-artis kat Malaysia ni dapat petunjuk. Dapat jugak pahala. Dan bukan ke itu yang digalakkan dalam Islam?




Kalau korang rasa meluat dengan Azwan Ali ke artis-artis lain ke, korang tak payahla tengok rancangan-rancangan gosip yang ada kat TV tu. Tak payah amik pot. Baiklah tengok Semanis Kurma ke Al-Kuliyyah ke 30 Minit Bersama Ustaz Don ke. Berganda-ganda pahala. Peringatan untuk diri aku jugak..:))






Jadi, lepas ni kita banyak-banyakkanlah berdoa untuk orang lain dan banyak-banyakkanlah menonton program-program agama dekat TV untuk elakkan kita dari mengata artis-artis yang takde faedah tu.






saya:mengomen sebab tertengok ulangan Galaksi.

Thursday, July 29, 2010

Lagi Kes Isteri Curang

Haih.Apa nak jadikla dunia sekarang.

Isteri yang diamanahkan menjaga aib rumahtangga, makin menjadi-jadi mengaibkan suami sendiri. Nau'zubillah. Semoga teman-teman blogger tidak termasuk dalam golongan ini termasuk saya sendiri. Aminn~

Kisah ini kisah benar.

Seorang kenalan Mak baru sahaja bercerai. Kasihan.
Umur kenalan Mak tu pun dah 40-an. Isterinya pun lebih kurang. Anak-anak semua dah besar. Pasangan suami isteri ni kedua-duanya warga pendidik a.k.a GURU. Cuma si isteri ni graduan universiti, mengajar di sekolah menengah. Beza pulak dengan suami yang hanya mengajar di sekolah rendah.

Baru-baru ni si isteri ditangkap khalwat bersama pelajarnya yang berada di Tingkatan 6. Kena tangkap pulak dekat ladang KELAPA SAWIT! Malunya~Sian si suami dan anak2.

Mak cakap sebelum ni si suami selalu puji isterinya. Pandai jaga anak, urus rumah tangga. Memang nampakla si suami menyayangi isterinya. Kesian kan. Akhirnya, bercerai juga. Kalau tak ceraikan, dikata dayus. Isterinya diceraikan talak satu.



Pening si suami memikirkan keadaan anak-anaknya.



Semoga kisah ini dijadikan iktibar untuk para isteri, termasuk diri saya sendiri.



aarecomel:selalu muhasabah diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails