Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI IBU, MAK!

sayanggg Makkk..Mmmmmuuuuaaahhhhhh


Selamat Hari Ibu MAK! . .

Walaupun kita jauh, tapi tetap dekat di hati.

Terima kasih sebab jaga adik dan beri didikan yang terbaik.

Tak terbalas jasa MAK..

Adik selalu doakan mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Selalu sihat dan ceria-ceria selalu.

Dan adik doakan hajat mak nak g haji tahun ni tercapai..Aminn..


aare: dah order cupcakes utk mak sebagai tanda ingatan di kejauhan..^__^

Monday, May 3, 2010

Honda City ke Toyota Vios

Berangan nak beli kereta baru.

Sekarang nih hanya ada dua pilihan hati. Mula-mula sangat suka Honda City. Maybe sebab nampak lebih sporty. Tapi lately rasa Vios pun ok gak. Nampak besar sikit. Cuma design tak berapa cantik sangat. Hurmm.

Tapi still dalam perancangan. Hopefully by end of this year bolehla beli sebijik. Tengah survey2.


city-nissan-vios..yang mana satu pilihan hati??


Nissan pun termasuk dalam senarai. Cuma bukan Latio kot. Pening gak nak beli keta kan. Banyak aspek kena amik kira. Kena tanya orang yang lebih tahu.


aare:moga2 jadi kenyataan

Sunday, May 2, 2010

Hatinya Tak Patut Dilukai

Ibu..Mak..Mama..Ummi..Mummy..

Maksudnya sama. Ejaan je lain. Tapi insan yang bergelar ibu, mak, mama, ummi, dan mummy ni lah yang banyak berkorban untuk kita. Tak pernah kenal erti susah senang, penat, malah tak pernah merungut demi menjaga dan membesarkan kita.

Mak..

Itu panggilan saya untuk ibu tercinta. Dulu saya selalu rasa saya kurang kasih sayang seorang mak. Sebabnya, mak saya selalu sibuk dengan sekolah. Cuti sekolah pun pergi sekolah. Mak selalu tak pernah puas hati dengan keputusan peperiksaan saya. Walaupun pada saya, saya sudah berusaha sebaik mungkin. Saya rasa mak tak memahami saya. Saya pulak duduk asrama dari tingkatan 1. So memang masa dengan mak tak banyak. Sebulan sekali je balik. Sebab tu saya rasa saya kurang kasih sayang mak. Itu dulu. Sebelum saya sampai tahap matang. Huhu.

Tapi sekarang, persepsi saya totally different. Sangat berbeza.

Dulu saya selalu terasa hati dengan mak. Mak saya tegas. Orangnya berterus terang. Apa yang dia tak suka, dia akan cakap terus. Saya ni plak anak bongsu, so emosi terlebih sikit. Hehe. Sampai digelar 'gembeng'..(bahasa JAWA yang bermaksud kuat nangis..hihi). Tapi sekarang baru saya sedar dengan cara mak tu la saya jadik manusia yang ada pendirian, ada matlamat, hormat orang lain, dan belajar berdikari.

Alhamdulillah..sekarang ni saya dah pun jadik isteri orang. Boleh uruskan rumahtangga. Walaupun hidup kat negeri orang, saya masih boleh menyesuaikan diri, bergaul dengan orang keliling dan boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Ini semua hasil didikan mak.

Saya ingat lagi, sejak kecik mak dah ajar saya untuk bantu makcik-makcik kat dapur kalau g kenduri kat rumah orang. Hasilnya hari ini, puteri kesayangan dia pandai masak dan sangat ringan tulang kat dapur bila ada kenduri kendara jiran-jiran. .(angkat bakul sendiri ye..*____* ) Saya boleh berborak-borak dengan makcik-makcik, nenek-nenek.. Itu kelebihan yang saya tak sedar. Bila kawan-kawan tegur yang saya ni pandai cakap dengan orang tua, baru saya sedar ini semua didikan mak dari kecik.

Bila dah kahwin, saya lebih rapat dengan mak. Mak banyak kongsi masalah dengan saya. Dan saya selalu positifkan mak sebab mak agak pesimis. Saya plak terlalu optimis. Tapi alhamdulillah, mak boleh terima nasihat n pendapat saya. Saya semakin sedar yang mak banyak mempengaruhi hidup saya. Tanpa mak. saya takkan berjaya, saya takkan bahagia macam sekarang. Pesanan mak yang saya selalu ingat, "ADIK, JANGAN BEZAKAN MAK MERTUA DGN MAK. SAYANGILAH DIA MACAMANA ADIK SAYANG MAK.." Saya pegang kata-kata mak. Buruk ke..baik ke mak mertua, kita kena sayang sama adil. Dan saya bersyukur mak mertua saya sangat baik dan memahami. Tak pernah sedetik pun saya nak lukai hati mak mertua saya. Begitu juga dengan MAK.

Mak,
Sempena Hari Ibu ni..
Adik nak mak tau, adik sayangkan mak..Sayang sangat2..Dan kalau diizinkan Tuhan, adik rela pergi dulu sebab adik tak sanggup hilang mak..
Mak lah kekuatan adik..
ADIK SAYANG MAK!!
SELAMAT HARI IBU MAK!


aare:tak sabar nak balik JOHOR

Thursday, April 15, 2010

Anak Anugerah Tuhan

'Fara tak ngandung lagi?'
.
.
'Dah ade isi belum?'
.
.
Soalan yang sangat selalu ditanya..
Kadang-kadang pressure gak, tapi kadang-kadang dah lali. Percaya pada rezeki Tuhan. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Alhamdulillah, hubby pun sangat memahami. Terima kasih Abang..

Saya percaya, setiap ujian yang diberi hanya semata-mata mahu menguji keimanan. Mendekatkan diri kepadaNya. Tuhan itu Maha Adil. Belum rezeki lagi. Berdoa dan terus berdoa. Sentiasa bermunajat kepadaNya. Tak lupa juga usaha berterusan.

Semoga saya dan suami akan diberi kekuatan yang berterusan. Amin...


aare:takkan pernah untuk berputus asa

Friday, April 9, 2010

Kasih Tak Kesampaian

Heh.

Bukan main post title kali ni. Meremang bulu roma I. Hehe. Alhamdulillah kasihku kesampaian.

Sebenarnya bukan nak berkongsi kisah A dan B putus cinta ke, C dan D putus tunang ke.. Takda kena mengena dengan kisah-kisah sendu dan sendawa ni. Heee~

Cuma nak berkongsi rahsia yang dah terbongkar. Hahaha. Dah lama saya nak publish story nih kat blog. Tapi asyik terlupa je. Tiba-tiba teringat plak hari ini.

Meh tengok gambar nih dulu.

.

.

.

Surprise!Kad Raya Kepunyaan Sang Arjunaku~Haha. Kantoi!


Dipendekkan cerita, masa saya pulun kemas rumah masa mak abah nak datang hari tu, saya sudah terjumpa kad ni. Hehe. Lama gak la saya berfikir. Setahu saya, hubby bucuk saya bukan mamat jiwa2 or mamat geli2. Haha. Rupa2nya dia pun jenis mamat yang ada taman dalam hati gak! Kehkehkeh.

Dah terjumpa saya pun bacalah. Ingatkan untuk saya. Sekali untuk ex-awek dia daa.. Cet. Buat lotih den je baca. Heh. Tapi saya tak kesah pun. Benda yang lepas jangan dikenang2. (dalam hati siap ko..balik kenala nanti. hehe) . Dia pun dah jadik suami kepunyaan saya kan. ADA KU KESAH??

Haa..Ni ha isi dalam kad tu..

Panjang gila tulis..Bukan main ye bang!


Kat sini saya nak pesanla kan.. Buat kengkawan, korang janganla simpan sejarah2 silam korang masa muda mudi. Kalau dapat isteri ke suami yang ala sporting and steady macam saya ni takpela. Sekali dapat yang cemburu buta tak ke huru hara jadinya. So, LU PIKIRLAH SENDIRI!

*_______*



mrs.ayie: ex-gf hubby merangkap kawan baik saya..erk.
.

Capek

Hurmm..Keluhan penat.

Saya sangat penat minggu ni. Sangat-sangat. Rasa tak terdaya. Tapi kena teruskan jugak. Saya baru rasa beruntung bersuamikan Sang Arjuna Ayie. Huhu. Minggu ni dia banyak tolong saya buat kerja rumah termasuklah menggosok baju saya hari-hari. *___________*

Kesian sang arjuna pujaan tak dapat layanan 1st class minggu ni. Hehe. Sori bebeh. Mintak2la saya masih dapat cium bau syurga lagi. Hoho. Tapi penat macam mana pun, saya masih menggagahkan kaki ni untuk masak special untuk pujaan hati tau. Walaupun kaki dah terketar-ketar, tangan dah keluar otot gara-gara seharian mengecat mural (mengalahkan orang tua plak ek..Erk..), saya tetap masak untuk suami bucuk.

Macam ni la kehidupan berumahtangga. Penat macam mana pun, tanggungjawab pada suami dan anak2 (walaupun takda anak lagi..Tsk..Tsk..) kena buat jugak. Saya memang tabik springla pada ibu2 berkerjaya yang berjaya menjaga rumahtangga mereka. Bukan senang tau. Saya yang duduk berdua ni pun dah rasa penat. Nanti bertiga, bereempat macam mana la kan.

Weekend ni saya dah cancel semua kelas tambahan. Really need a rest. Emosi pun tak stabil minggu ni. Asyik angin satu badan. Nak marah je. Sian arjuna saya. Hari-hari jadik tempat luahan. Tapi itulah gunanya ada suamikan. Heh~ So this weekend nak berguling puas2 kat rumah dan kuar jalan-jalan bagi keluarkan angin-angin negatif yang dah tepu dalam badan saya ni.



Rasa mahu pergi dating macam mereka berdua nih (^_~)



mrs.ayie: teringin nak honeymoon kat The Legend Water Chalet

Tuesday, April 6, 2010

Main Masak Masak

Saya memang suka main masak-masak. Pantang ada resipi baru, mesti nak cuba. Hehe. Sampai hubby pun pening nak layan bini dia ni. Dua hari lepas sempatla saya buat bergedil isi ketam. Resipi dari member belaja kat UKM dulu. Thanks Safa. Memang meletop u! Hehe. Hubby pun suka dengan resipi ni. Nah! Untuk tontonan korang.
.
.
Jeng jeng jeng
.
.
.

Yum..yum..=)





Bulat kecil..bulat kecil..bulatla besar..Haha





Nampak tak isi ketam tu..Memang marveles!


(*________*)
.
.
Puji diri sendiri plak saya ni ek. Tak rugi cuba resipi nih. Walaupun termasin sikit, tapi still menggoda jiwa. Kehkehkeh.

Kat sini saya nak tepek gak gambar donut kesukaan hubby. Hari Ahad hari tu saya buatla donut kesukaan hubby nih. Even bangun lambat sempat lagi menguli. Hehe. Cuma yang bestnya kali ni, donut saya memang gebu! Sampai petang pun masih lembut lagi. Bak kata hubby gebu macam laling. Hurmm nak wat cne kan..I memang gebu. Hikhikhik (^____^)


Donut gebus!


Monday, March 29, 2010

Earth Hour


Korang join tak Earth Hour hari tu?? Haa..sapa yang tak join tu memang tak sayang Bumi kita.

Kitorang yang kat Penang nih semangat tutup lampu. Memang bergelap malam tu. Punyala semangat duduk bergelap sampai terlebih-lebih masa plak. Haha. Petang tu kitorang beli makanan kat pasar malam Kepala Batas. So, malam tu makanla dalam gelap-gelap. Hanya bertemankan cahaya lampu TV je. Pedihla gak mata kitorang nih. Tapi Earth Hour punya pasal, sanggup. Cuma yang tak bestnya, rumah kitorang je yang tutup lampu. Aunty sebelah pun pelik tgk rumah kitorang gelap. Dorang ingat letrik kena potong. Huhu.

Personally, saya rasa kempen ni perlu diadakan setiap bulan and menyeluruh ke setiap negeri. So semua rakyat Malaysia akan involve. Setahun sekali je rasanya tak cukup kot. Kan bagus kalau setiap bulan ada kempen nih. Maybe boleh rotate dari setiap negeri ke setiap negeri. Itu pandangan saya la kan. Saya memang totally support kempen ni. Hopefully boleh join lagi next year. Apa yang penting, memang saya n hubby jarang bukak banyak lampu. Bukak yang perlu je. Boleh jimat bil elektrik dan kurangkan haba.



mrs.ayie: kami tak pernah bayar bil elektrik sebab kerajaan tanggung..=)

Setahun Empat Bulan

Sekejap je rasa.

Dah setahun empat bulan. Rasa macam baru je kawin.

Macam-macam dah lalui bersama. Suka. Duka. Perit. Jerih.

Orang kata 5 tahun pertama perkahwinan masa yang sangat penting. Dalam tempoh 5 tahun ni la proses mengenal pasangan masing-masing. Luar dan dalam. Hopefully, kami dapat lalui tempoh 5 tahun ini dengan cemerlang sekali. Ngeh3. Ada baki 3 tahun 8 bulan lagi nak lepas tempoh tu. Huhu. Semoga diberi kekuatan dan hidayah kepada kami berdua. Aminn..


::memori daun pisang::

mrs ayie: pic zaman muda mudi..tak ingat tahun bila..masa ni teman tapi mesra.ahaks!

Friday, March 26, 2010

Donut dan Durian

Hurmm.. Dari hari tu lagi suami jagaan nak makan donut. Tapi bini dia yang comel lote nih tak sempat je nak buat. Mana taknya, request time bini dia nih keracunan makanan. Minggu nih pulak lecturer nak datang observe. Nak sukan plak. Haih..Memangla tak sempat isteri dia nih nak buat. Malam dah letih. Lepas Isyak terus krohhh..krohh..Hihihi

Tapi hari ini buatla gak donut permintaan hubby bucuk. Malam-malan dok menguli doh. Donut..donut..sebab donut sanggup ku tinggalkan tilam dan bantal. Kalau tak, masa ni dah dibuai mimpi.

Ekceli hari ini saja je buat-buat rajin uli donut. Ngee~ Sebagai balasan sebab hubby belikan durian kat bini dia nih. Hehe. Sedap betul durian tu. Isi kuning. Perghhhhhhhh~terangkat beb! Memang marveles la! Berbaloi la beli walaupun 3 biji RM36. Heee (*__________*)

Mekacih bucuk. U memang suami mithali. I nak ape u belikan je. Nih yang buat I sayang lebihhhhhhhhh..Hehehe. Sampai berat pun dah terlebih-lebih nih. Adoyai~ (!__!)

Aku nih memang hantu durian. Pantang nampak orang jual. Mesti ngences nak beli. HAHA.
Mengaruk satu rumah nih bau durian. Ada lagi sebijik. Menggoda je baunya. Macam memanggil-manggil..'MAKANLA AKU..MAKANLA AKU.." Ngeh3~~Tapi tak boleh ikut nafsu. Kang demam panas plak. Minggu depan kena observe lagi. Tak pasal-pasal takda suara nak ngajo. Baru haru biru nanti. Sabor ye durian. Besok aku makan ko. Hahaha

Sebenarnya, tu je nak cite. Ngeh3. Donut dah jerit2 soh goreng. Bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails