Sunday, May 2, 2010

Hatinya Tak Patut Dilukai

Ibu..Mak..Mama..Ummi..Mummy..

Maksudnya sama. Ejaan je lain. Tapi insan yang bergelar ibu, mak, mama, ummi, dan mummy ni lah yang banyak berkorban untuk kita. Tak pernah kenal erti susah senang, penat, malah tak pernah merungut demi menjaga dan membesarkan kita.

Mak..

Itu panggilan saya untuk ibu tercinta. Dulu saya selalu rasa saya kurang kasih sayang seorang mak. Sebabnya, mak saya selalu sibuk dengan sekolah. Cuti sekolah pun pergi sekolah. Mak selalu tak pernah puas hati dengan keputusan peperiksaan saya. Walaupun pada saya, saya sudah berusaha sebaik mungkin. Saya rasa mak tak memahami saya. Saya pulak duduk asrama dari tingkatan 1. So memang masa dengan mak tak banyak. Sebulan sekali je balik. Sebab tu saya rasa saya kurang kasih sayang mak. Itu dulu. Sebelum saya sampai tahap matang. Huhu.

Tapi sekarang, persepsi saya totally different. Sangat berbeza.

Dulu saya selalu terasa hati dengan mak. Mak saya tegas. Orangnya berterus terang. Apa yang dia tak suka, dia akan cakap terus. Saya ni plak anak bongsu, so emosi terlebih sikit. Hehe. Sampai digelar 'gembeng'..(bahasa JAWA yang bermaksud kuat nangis..hihi). Tapi sekarang baru saya sedar dengan cara mak tu la saya jadik manusia yang ada pendirian, ada matlamat, hormat orang lain, dan belajar berdikari.

Alhamdulillah..sekarang ni saya dah pun jadik isteri orang. Boleh uruskan rumahtangga. Walaupun hidup kat negeri orang, saya masih boleh menyesuaikan diri, bergaul dengan orang keliling dan boleh meneruskan kehidupan dengan baik. Ini semua hasil didikan mak.

Saya ingat lagi, sejak kecik mak dah ajar saya untuk bantu makcik-makcik kat dapur kalau g kenduri kat rumah orang. Hasilnya hari ini, puteri kesayangan dia pandai masak dan sangat ringan tulang kat dapur bila ada kenduri kendara jiran-jiran. .(angkat bakul sendiri ye..*____* ) Saya boleh berborak-borak dengan makcik-makcik, nenek-nenek.. Itu kelebihan yang saya tak sedar. Bila kawan-kawan tegur yang saya ni pandai cakap dengan orang tua, baru saya sedar ini semua didikan mak dari kecik.

Bila dah kahwin, saya lebih rapat dengan mak. Mak banyak kongsi masalah dengan saya. Dan saya selalu positifkan mak sebab mak agak pesimis. Saya plak terlalu optimis. Tapi alhamdulillah, mak boleh terima nasihat n pendapat saya. Saya semakin sedar yang mak banyak mempengaruhi hidup saya. Tanpa mak. saya takkan berjaya, saya takkan bahagia macam sekarang. Pesanan mak yang saya selalu ingat, "ADIK, JANGAN BEZAKAN MAK MERTUA DGN MAK. SAYANGILAH DIA MACAMANA ADIK SAYANG MAK.." Saya pegang kata-kata mak. Buruk ke..baik ke mak mertua, kita kena sayang sama adil. Dan saya bersyukur mak mertua saya sangat baik dan memahami. Tak pernah sedetik pun saya nak lukai hati mak mertua saya. Begitu juga dengan MAK.

Mak,
Sempena Hari Ibu ni..
Adik nak mak tau, adik sayangkan mak..Sayang sangat2..Dan kalau diizinkan Tuhan, adik rela pergi dulu sebab adik tak sanggup hilang mak..
Mak lah kekuatan adik..
ADIK SAYANG MAK!!
SELAMAT HARI IBU MAK!


aare:tak sabar nak balik JOHOR

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails