Friday, April 9, 2010

Capek

Hurmm..Keluhan penat.

Saya sangat penat minggu ni. Sangat-sangat. Rasa tak terdaya. Tapi kena teruskan jugak. Saya baru rasa beruntung bersuamikan Sang Arjuna Ayie. Huhu. Minggu ni dia banyak tolong saya buat kerja rumah termasuklah menggosok baju saya hari-hari. *___________*

Kesian sang arjuna pujaan tak dapat layanan 1st class minggu ni. Hehe. Sori bebeh. Mintak2la saya masih dapat cium bau syurga lagi. Hoho. Tapi penat macam mana pun, saya masih menggagahkan kaki ni untuk masak special untuk pujaan hati tau. Walaupun kaki dah terketar-ketar, tangan dah keluar otot gara-gara seharian mengecat mural (mengalahkan orang tua plak ek..Erk..), saya tetap masak untuk suami bucuk.

Macam ni la kehidupan berumahtangga. Penat macam mana pun, tanggungjawab pada suami dan anak2 (walaupun takda anak lagi..Tsk..Tsk..) kena buat jugak. Saya memang tabik springla pada ibu2 berkerjaya yang berjaya menjaga rumahtangga mereka. Bukan senang tau. Saya yang duduk berdua ni pun dah rasa penat. Nanti bertiga, bereempat macam mana la kan.

Weekend ni saya dah cancel semua kelas tambahan. Really need a rest. Emosi pun tak stabil minggu ni. Asyik angin satu badan. Nak marah je. Sian arjuna saya. Hari-hari jadik tempat luahan. Tapi itulah gunanya ada suamikan. Heh~ So this weekend nak berguling puas2 kat rumah dan kuar jalan-jalan bagi keluarkan angin-angin negatif yang dah tepu dalam badan saya ni.



Rasa mahu pergi dating macam mereka berdua nih (^_~)



mrs.ayie: teringin nak honeymoon kat The Legend Water Chalet

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails