Saturday, December 25, 2010

Krismas di Kampung~

Merry Christmas!
Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Semoga kamu semua dilindungi Tuhan dan ceria2 selalu ye!


::Sengal. Dah petang baru nak wish. Hehe. Semalam seharian tak berblog. Tu yang tak sempat nak wish. Tapi kira okla wish petang-petang raya ni kan.




Hari ni CikguComey sambut krismas di kampung. Nun jauh di Jerteh. Malam tadi baru sampai sini. Alhamdulillah selamat sampai walaupun hujan sepanjang perjalanan. Risau sepanjang perjalanan, takut jadik apa-apa. Alhamdulillah takda apa-apa. CikguComey memang tak putus-putus doa dalam hati. Bukan apa, taula bila hujan jalan licin, lopak air banyak, jalan berlubang lagi.  Dekat Grik pulak kiri kanan pokok. Takut gak kalau petir ke apa kan. Memang tawakal je. Mulut pulak tak henti pesan kat Enchik Suami jangan bawak laju-lajuBiar lambat, asal selamat.




Model sampingan.








cikgucomey:semoga perjalanan kami besok dipermudahkan dan selamat sampai ke rumah.

Ulang Tayang..ROTI JOHN versi FRENCH LOAF

Sorila kengkawan ek. Hari tu dah malam-malam buta taip resepi sampai lupa nak boh gambar ROTI JOHNnya. Hehe.Ni baru sempat online and baca komen2 kengkawan.



Ni la ROTI JOHN saya yang tak seberapa. Tapi bolehla buat perut tu meletop!Haha.


Amacam??Terliur tak??Ngeh3




cikgucomey:suka bila tgk enchik suami makan dengan lahapnya.sedapla tu.hihi

Friday, December 24, 2010

Resepi Roti John

Atas permintaan Kak Jaja dan Acan Kentot, CikguComey letakla resepi Roti John versi French Loaf. Sebelum tu mintak maafla ek sebab ukurannya memang ikut suka hati. Sebab CikguComey ni masak memang ikut suka je. Campak-campak aje. Hehe.


Bahan-bahan:
French Loaf a.k.a Roti Perancis- dipotong 6. *kalau nak potong lagi kecik pun boleh jugak,dapat banyak sikit.*
Telur-3 biji *nak boh lebih pun takpe*
Marjerin
Mayonis, sos cili
Tomato,timun *kalau suka salad, bleh ganti salad*

Bahan untuk inti:
250 gm daging cincang/daging kisar (kite beli daging kisar Ramly je)
1 biji bawang merah-dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari daging *nak lebih pun boleh jugak.ikut suka ye.*
Sedikit gula dan garam
Sedikit minyak masak


Cara-cara memasak inti:
 1. Masukkan bawang yang dicincang sampai naik bau.
 2. Masukkan daging cincang, goreng seketika. Lepas tu, masukkan serbuk kari. Biarkan sebati. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga garing. Agak-agakla ye. Jangan sampai hangit. Hehe.
3. Dah siap, sejukkan dulu.

Bila dah sejuk, masukkan telur dalam adunan inti tadi. Kacau rata. Untuk menggoreng, cairkan sedikit mentega dalam kuali. Lepas tu letak inti atas kuali dan biarkan seketika. Agak-agak telur dah masak sikit, letak roti atasnya. Tunggu sehingga betul-betul masak, bolehla balik-balikkan roti tu. Dah siap, letakla sayuran, boh mayonis dan sos cili. Lepas tu apalagi, ngappppplaaaa~Hehe.



Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan, sila tinggalkan komen ye.Hehe.




cikgucomey:masak ikut suka.hehe

Thursday, December 23, 2010

So-So

Semalam sempatla tengok cite HANTU KAK LIMAH tu. Tercapaila gak hajat. Overall, okeyla. Nak kata lawak sangat, takla jugak. Tapi bolehla buat saya release tension. Kalau nak dibandingkan filem Mamat Khalid yang sebelum-sebelum ni, memang yang ni "the best" la. 


Yang bestnya, masa part bomoh siam nak halau Hantu Kak Limah.. Bomoh tu sebut perkataan "belawok..belawok..belawok..." Saya ingat dia sebut "berlawak", tapi Enchik Suami dah gelak-gelak sakan bila dengar bomoh tu jampi macam tu. Rupanya, "belawok" tu bahasa Kelate. Maksudnya, MENIPU! Haha. Patutla Enchik Suami gelak sakan. Bomoh tu dok jampi, "menipu..menipu..menipu.." *tetiba rasa untung jugak kawen campur.haha.sorang Jawa, sorang ganu celup kelate.hik3*






cikgucomey: nama je keturunan jawa, tapi tak pandai cakap jawa.

Wednesday, December 22, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Cerita ni dah agak lama kuar kat wayang tu. Dengar cerita, cerita ni cerita yang PALING BAGUS pernah Mamat Khalid hasilkan. Banyak dapat feedback positif. Kutipan pun dah dekat 5 juta katanya! Kayola Pakcik Mamat kite.



Baru plan nak tengok hari ni. Harap-harapla ada tayang lagi. Kalau takde, tunggu vcd kuarla nampaknya. *psttt..bukan vcd cetak rompak tau*





cikgucomey:suka cite hantu.

Shopping.. Shopping..dan Shopping Lagi!

Tinggal seminggu je lagi nak naik sekolah. *emmm..malasnya.* Mak ayah mesti tengah sibuk cari baju sekolah, beg sekolah untuk anak-anak kan. Time ni la ramai yang pening. Mana nak beli baju sekolah, mana nak bayar yuran, mana nak beli buku..kan..kan..kan.. Kopak jugakla dibuatnya kan. 


Bukan mak-mak atau bapak-bapak je yang pening, ni cikgu-cikgu pun pening tau. Mana taknya, naik sekolah kenala ada baju sekolah baru jugak. Hehe. Takkan nak pakai baju taun lepas kan. Awal-awal tahun kenala pakai baju baru. Semangat sikit nak g ngaja. Haha. *alasannya je tu* Bukan baju je, beg ngan kasut pun harusslahh baru ok!


So, sebagai langkah pertama, CikguComey dah selamat mengorder baju kurung siap online dekat SINI. Tolong member kan. Tapi okla baju kat BUSANA BELLA MUSLIM ni. Saiz dari yang kecik sampaila beso. Saiz 50-56 pun ada tau.

Baju yang diorder. RM99. Tengah offer.



pix: busana bella muslim.




Lepas ni nak tengok kasut pulak. Hari tu dah survey-survey beg. Cuma takde yang berkenan lagi. Maybe kena beli depan mata kot. Baru puas hati.



cikgucomey:en hubby tak tau ni.bukan order sepasang je.2 pasang!hehe.

Ali, Muthu, dan Ah Seng

Pagi tadi tengok MHI. Ada slot KOMPANG MODEN. Yang menariknya, pasukan kompang tu ada 2 ahli kaum Cina dan 2 ahli kaum India. Kagum la jugak kan. Bukan senang nak tarik minat kaum lain main kompang. Bagusla usaha Rukun Tetangga Taman Ampang Jaya. *erk..kalau tak silapla.hehe.*


Bila tengok slot tu, tiba-tiba teringat sorang Auntie yang daftar anak dia masuk Tingkatan Satu kat sekolah hari tu. Mula-mula dia daftar macam biasala. Lepas tu, dia cakap nak try mintak tukar sekolah. CikguComey pun tanya kenapa nak transfer sekolah. Jawab Auntie tu sambil gelak-gelak, " Sekolah ni semua Cina, kalau High School semua kaum ada meh. Melayu, Cina, India. 1 Malaysia. Campur baru bagus meh." Tersenyum CikguComey. Dalam hati, bagusnya kalau semua orang fikir macamtu. Memang tabik springla kat Auntie tu


Pasukan kompang SMKTAT. Ada sorang pelajar India.


Dulu masa zaman CikguComey sekolah, masih ramai lagi kaum Cina dan India di sekolah kebangsaan. Tapi sekarang, boleh kira dengan jari. Kebanyakan mereka lebih selesa belajar di sekolah jenis kebangsaan (SJK). Mungkin sebab tu sekarang banyak kes perkauman. Yang paling sedih, makin ramai yang tidak pandai berbahasa Melayu. Memang sedih. So, fikir-fikirkanlah.

Colleagues masa keje Topglove.



cikgucomey:jiran sebelah rumah india.kawan-kawan cikgu ramai kaum cina.tapi masih boleh hidup selesa.

Monday, December 20, 2010

Multiskills

Kalau dulu, seorang cikgu hanya "chalk and talk". Tapi sekarang kena ada macam-macam kemahiran. Sebab tu saya suka jadik cikgu. Pada saya, setiap hari akan ada benda baru yang saya belajar. Tapi bukanlah hari-hari tu saya suka. Kerja mana yang tak ada stress kan. 


Cerita ni dah lama terperap. Tapi sekarang baru ada mood nak tepek kat sini. Hehe.

Tugasan akhir tahun saya di sekolah, BENGKEL MEMBUAT KEK. Mula-mula cuma bertindak sebagai pembantu. Alih-alih bila tiba hari kejadian, saya disuruh jadik guru yang membuat demonstrasi! Kelam kelibut jugak dibuatnya. Setakat masak kat dapur sendiri memang takde masalah. Ni kena buat demo pulak depan student. Sapa tak nervous! Hehe. Bukan apa. takut resepi tak menjadik. Malu bebbbbbb~Ngeh3.



The only one jejaka yang amik ERT.






Muka-muka ceria. 1st time buat kek. Lepas siap semua mengeluh tangan lenguh. Haha. Tapi maintain chilll~

 Muka terpaksa amik gambar. Malu konon sebab keknya hitam sikit.

 

Fuhhh. Berpeluh gak la ketiak menghandle bengkel buat kek ni. Ditambah pulak takde mixer kat sekolah. Apalagi, tangan sayala jadik mixer! Budak-budak pun boleh cakap, "wah cikgu, u punya tangan macam machine lorr" *dialek cina ok*.


Ni lah hasil tangan student...


Hangit sikit. Kesilapan teknikal, api besar sgt. Tapi rasa tetap TIP TOP!

Yang ni cantik je kan. Perfect!


Kesimpulannya, cikgu-cikgu memang kena bersedia dalam apa jua keadaan. Memang kena penuh ilmu di dada. Bukan ilmu yang kena ngaja je, ilmu kehidupan pun kena tau beb! Yang penting, saya hepi sangat2 sebab bengkel tu berjaya dengan jayanya!Yeahhh!



cikgucomey:memang suka masak-masak.

Roti John versi French Loaf

Hari ni dok tayang makanan je kan. Haha. Takpe. Memang sesuaila time2 hujan ni kan. Sure korang lapar bila tgk blog CikguComey kan. Harap bersabar ye.

Sempena sambutan anniversary yang sempoi tu kan, CikguComey buatla ROTI JOHN HOMEMADE untuk Enchik Suami tercinta. Sebelum ni dah pernah buat pun, cuma tak tayang je kat sini. Tapi kali ni CikguComey buat guna FRENCH LOAF. Masa tu dah tak jumpa roti johnnya. Nak cepat, sambar ajela french loaf  kat Giant tu. Sekali kooooo...lagi sedap weh~Memang menjilat jarila. Rangup2 gitu kan. Lepas ni kalau nak buat pun, guna french loaf je la. Dahla murah, sedap pulak tu. Hehe.


Amacam..terliur tak??  
*pssttt..kesat air liur tu.hik3*



cikgucomey:makan sekali-sekala takpe.

Belated Anniversary

Usia Perkahwinan KAMI!






Sekejap je dah 2 tahun 3 minggu.Walaupun baru 2 tahun, tapi dah macam-macam kami hadapi, tempuhi. Tapi alhamdulillah, kami masih diberi kekuatan oleh Allah untuk hadapi semua dugaan dan ujian bersama. Semoga kami akan diberi kekuatan yang berterusan dan kasih sayang kami juga akan berterusan hingga hujung nyawa. Aminn~


Sebenarnya anniversary 29 NOVEMBER, tapi disebabkan Enchik Suami tengah kursus hari tu, so postponela. Baru 3 hari lepas celebrate. Dah nak basi la gak kan. Tapi kitorang ni belasah aje. Hari-hari biasa pun macam celebrate anniversary, kan yang kan..hehe





Sempoi aje. Kek ngan roti john homemade. 
Owh ye, kek tu memang sangat tebal. 
Sebab tu muka Enchik Suami sedemikian rupa. Haha.
Acah aje tu. Dah tau bini dia amik gambo, mulala buat muka.




Alkisahnya, punyala semangat tunggu Enchik Suami balik keje, siapkanla awal2 makanan tu. Kek pun dah siap kuarkan dari kotak. Alih-alih dekat sejam lebih tunggu Enchik Suami balik. Biskut dekat kek tu pun dah lemau. Roti John pun dah sejuk. Haih~Sampai saya pun tertidur. Hahaha. Konon nak surprise, tak jadik sebab satu rumah dah bau kek!Hua3.



cikgucomey:hari-hari honeymoon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails