Tuesday, January 18, 2011

Kerja Guru Membebankan?

Belum sebulan persekolahan bermula, sudah banyak suara mengeluh KERJA CIKGU MEMBEBANKAN! Itu hak masing-masing untuk bersuara. Kalau tengok di Facebook CikguComey, ramai jugak yang komplen sana sini. Mungkin itu saja cara untuk mereka melepaskan emosi. 

Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum, gembira walaupun letih sket sebab sekolah jauh sikit dari rumah. Takda apa yang nak dikesalkan. Dan saya tak pernah menyesal pun berkorban cita-cita walaupun kadang-kadang rasa rindunyaaaaaaaaaaaa nak keje field account. Jeles tengok mereka-mereka yang di luar sana berjaya as an accountant! 


Tapi pada saya, apa-apa kerja yang kita buat, kita kena ikhlas dan buat yang terbaik. Enjoy dengan kerja kita. Kalau gaji ribu-ribu, tapi kita suffer, sama jugak datangnya. Nothing. Sekurang-kurangnya, saya bahagia sekarang sebab hari-hari boleh jumpa Enchik Suami. Hari-hari boleh bau Enchik Suami. Hik3.


Model tetap blog ni. Haha. 
Gambar ni takde kena mengena dengan entry ek.
Saje-saje letak. Tengokla betapa kerasnya tangan 
Enchik Suami pegang baby. Takutla tuuu~Hihi.



cikgucomey:dari kecik sampai besar dah biasa dengan kerja-kerja cikgu.bukan sekarang je cikgu banyak kerja.dulu-dulu pun sama.contoh terbaik, mak sendiri guru berdedikasi.

Saturday, January 15, 2011

CikguComey Stress!!



Haih~Tak produktif langsung!Baru 3 entry je bulan nih~ Orang lain pun keja jugak, tapi maintain je update hari-hari. 


Tapi memang takda masa sekarang. Balik sekolah dah letih. Almaklumla sekolah jauh sket ngan umah. 45 minit. Tu paling awal. Kalau jalan sesak, 1 jam baru sampai. Letih wooo~Kereta pulak manual. Boleh tercabut urat-urat lutut ni kalo traffic jam.

Sampai umah, korang ingat boleh rilek-rilek, santai-santai? Takda maknanya! Pujaan hati Malaya dah merengek-rengek mintak dilayan. Bini yang keletihan ni, layankan aje. Tak buat nanti kurang pulak pahala. Ni belum ada anak lagi. Kalau ada anak, pujaan hati kena pandai-pandaila bawak diri ye. Hehe.



 
Asal amik gambar mesti muka saya sekerat aje. Sabar je la. 
Oh, ni la pujaan hati yang mengada-ngada tu. Hehe. Ampun yang~



Sekian saja luahan hati saya yang stress bila tengok blognya tak berupdate!




cikgucomey:sabtu pun kena g sekolah.

Saturday, January 8, 2011

Interview

Nak tersedak pun ada, nak pengsan pun ada. Opss, lupa. CikguComey tak boleh pengsan, nanti Enchik Suami tak larat nak angkat. Haha~


Ni semua gara-gara nak kena interview dengan SPP. Tau tak SPP tu apa? Cikgu-cikgu mesti tau ni. Ala, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Tiba-tiba nama naik pulak dah. Nak gugur jantung ni, terus rasa perut penuh dengan rama-rama. Awal pulak kena interview. Selalu orang cakap, 6 bulan ke atas baru dapat interview. Ni baru masuk 4 bulan dah dapat. Tapi syukurlah. Mungkin rezeki awal.



Alkisahnya, CikguComey check 1st time, takda apa-apa maklumat pun. Nasib tergerak hati nak check lagi sekali. Tup tup ada pulak maklumat temuduga. Kalau tak, kelam kabut dibuatnya. Macam-macam nak kena study ni. Nanti kena bambu pulak ngan interviewer. Semoga dipermudahkanlah.. aminnn~


psst~cikgu2 senior bolehla share tips ngan saya ek.




cikgucomey:teringat masa 1st time interview mintak kerja.alhamdulillah, terus dapat offer.ni dah lama tak interview,skill pun dah hilang.adeiii~

Friday, January 7, 2011

Busy Gila

Dah 7 hari masuk tahun baru. Tapi baru sempat nak jenguk blog. Haih~


Awal-awal buka sekolah ni, memangla banyak keje. Lagi-lagila bila kena jadi guru tingkatan. Macam-macam nak kena settle. Besok pun dah start LDP. Huhu.


Nasibla Enchik Suami memahami. Kadang-kadang kesian tengok Enchik Suami terbiar. Dah naik sekolah ni tak dapat nak bagi layanan 1st class. Ampun bang~ Nanti hari Ahad kita g ronggeng-ronggeng ek. Yeehaa!!


 ::Eye On Malaysia::
Tak tau apa motif letak gambar ni. 
Pernah dating kat sini dengan Enchik Suami.


  
cikgucomey:banyak benda nak update, tapi dah letih.

Wednesday, December 29, 2010

Puding Roti

Hujan-hujan ni perut laparla pulak. Haih~Camane nak kurus ni. Hehe.


Jalan-jalan cuci mata, tetibe terpikat pulak dengan Puding Roti Pandan Kukus dekat Dapur Kak CT. Macam menarik je kan. Tapi CikguComey puding-puding ni kureng sikit. Tak taula kenapa. Enchik Suami pun tak berapa sangat. Tapi macam nak try buat jugakla. Tetiba teringin nak makan. 






Gambar kat atas pun nampak menarik je kan. Mengancam betul kaler hijau tu~Mintak-mintakla jadik pudingnya.









CIKGUCOMEY:lama tak main masak-masak.

Harimau Malaya Menang!

Yea, itu doa saya untuk pasukan bola sepak Malaysia!


Insya'Allah dengan kesungguhan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, pasukan bola sepak kita akan berjaya dalam perlawanan malam ni. 


Confirm malam ni saya duduk depan tv tgk bola. Lama tak ngadap tv semata-mata tgk bola. Almaklumla, Enchik Suami pun bukan peminat fanatik bola sepak. EPL ke Liga Malaysia ke, memang hampeh. Kalau badminton, tak payah cakapla. Memang dia peminat NO.1!




Pasukan Kebangsaan. Selamat berjuang!



CIKGUCOMEY:teringat dulu-dulu, selalu ikut abah ngan abang-abang tengok bola kat stadium larkin.lepas tu tak larat nak jalan sebab abah parking keta jauh.abah nak dukung tak larat sebab berat!haha

Selamat Tinggal 2010

Dua hari je lagi menjelang tahun baru 2011.


Apa azam korang? CikguComey masih belum fikir lagi ni. 
Azam tahun ni pun ada yang tak tercapai lagi. Haih~ 




Kalau diingat-ingat, dikenang-kenang, tahun 2010 adalah tahun penuh cabaran dan dugaan. Tapi alhamdulillah, CikguComey masih bertahan sehingga sekarang. Kita kena selalu positif. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Adakalanya kita terlupa akan hikmah yang menyusul setelah diduga berkali-kali. Yang penting, kita kena yakin bahawa sesungguhnya Allah itu perancang terbaik.




Semoga tahun 2011 lebih membawa erti dalam kehidupan CikguComey dan semoga akan ada rezeki yang satu itu. ('',)




Rezeki yang satu.


[pix:google]



cikgucomey:tak pernah putus asa.

Tuesday, December 28, 2010

Gulliver's Travels 2010




Sapa dah tengok filem ni? Best tak?? Erm CikguComey tak tengok lagi. Huhu. Tengok promo kat tv macam best gila je kan. Lagi-lagila bila si Jack Black yang berlakon. Memang sure lawakla. Plan nak tengok hari ni tapi dah orang tu bantai tido sampai ke petang, tak jadikla nak tengok. 

Actually filem ni dah ada sebelum ni kan. Tapi diolah semula. Pelakon pun berbeza. Cuma yang kali ni siap ada 3D lagi. So boleh pilihla nak tengok yang biasa ke yang 3D. Haih~bile nak g tengok ni...



cikgucomey:layan semua cerita.

Mode: Tak Hepi

 (~___~)          


Ermm hari ni takde mood sangat. Ada orang tu dah janji nak tengok wayang, boleh bantai tido pulak. Kita dah semangat bersiap, dia masih lena dibuai mimpi. Sabar aje la. Malas nak kejut.


Hari ni pulak takde air selama 12 jam. Time takde air la perut ni memulas-mulas. Macam-macam pulak. Dugaan betul. Nasibla cukup air yang ditadah tu. Kalau tak, haru-biru dibuatnya.



Last-last ngadap laptop update blog. Tapi masih tak hepi lagi. 
Kena cari aiskrim baru hepi sikit kot. Hurmmm~
*angin kus-kus dah datang dah..*




cikgucomey:geram+merajuk+sakit ati

Monday, December 27, 2010

Ketiak Suami Ubat Penenang Jiwa

Haa..sapa suka cium ketiak suami angkat tangan!! 


Ele, malula tu nak ngaku. CikguComey tau ramai isteri-isteri kat luar sana suka cium ketiak suami yang masam tu kan. Haha. Okey, CikguComey ada info menarik nak kongsi pasal ketiak suami ni~


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi, kepada para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pssst:pengalaman ini hanya perempuan je yang tau betapa asyik dan rileksnya..FAKTA..serius..hihihi)



Cium jangan tak cium.Haha.


[pix:google]



Kajian juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena. Oleh itu, pesanan untuk para suami, JANGANLAH SHAVE KETIAK ANDA SAMPAI TOGEL, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu tu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi wanita.


::sumber info:diari Islam 2011



cikgucomey:lepas ni nak cium selalula.haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails