Saturday, January 8, 2011

Interview

Nak tersedak pun ada, nak pengsan pun ada. Opss, lupa. CikguComey tak boleh pengsan, nanti Enchik Suami tak larat nak angkat. Haha~


Ni semua gara-gara nak kena interview dengan SPP. Tau tak SPP tu apa? Cikgu-cikgu mesti tau ni. Ala, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Tiba-tiba nama naik pulak dah. Nak gugur jantung ni, terus rasa perut penuh dengan rama-rama. Awal pulak kena interview. Selalu orang cakap, 6 bulan ke atas baru dapat interview. Ni baru masuk 4 bulan dah dapat. Tapi syukurlah. Mungkin rezeki awal.



Alkisahnya, CikguComey check 1st time, takda apa-apa maklumat pun. Nasib tergerak hati nak check lagi sekali. Tup tup ada pulak maklumat temuduga. Kalau tak, kelam kabut dibuatnya. Macam-macam nak kena study ni. Nanti kena bambu pulak ngan interviewer. Semoga dipermudahkanlah.. aminnn~


psst~cikgu2 senior bolehla share tips ngan saya ek.




cikgucomey:teringat masa 1st time interview mintak kerja.alhamdulillah, terus dapat offer.ni dah lama tak interview,skill pun dah hilang.adeiii~

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails