Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul semua!
Semoga kasih dan sayang kita kepada Rasulullah akan subur di hati sampai bila-bila. Walaupun tak pernah bersua, setiap hari Cikgu rasa rindu dan sayang dekat Rasulullah..
*sayu je hati*

Semalam, masa on the way balik dari sekolah, dengar lagu-lagu nasyid. Sayu sangat hati. Sampai meleleh air mata. Nasib takda orang perasan. Tengah jem-jem boleh pulak Cikgu feeling sorang-sorangkan. Hehe. Tapi paling touching tu bila dengar lagu Puteriku Sayang dari kumpulan Hijjaz. Hati ni memang tersentuhla sangat. Tambah pulak teringat zaman sekola dulu-dulu. Terus rindu kat kengkawan sekolah kan.. Huhu. (T___T)

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




4 comments:

  1. wanda~ salam maulidur rasul gak..:p

    ReplyDelete
  2. Lagu2 nashid memang boleh buat air mata menitis...

    ReplyDelete
  3. oh..aku terlmbt plak bc entri ni.. =)

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails