Tuesday, June 26, 2012

SAYA NAK KAHWIN!!

Sila jangan konfius. Bukan saya yang nak kahwin LAGI, tapi abang saya yang no.3 dah kemaruk nak kahwin ok!




Tadi petang dapat mesej dari dia,


" Ada plan tak nak balik sini (JB) minggu depan? Aku nak bawak awek datang umah ni. Kalau kau balik, best sikit. Abang kau sorang ni dah kemaruk nak kahwin. Hehehehe."






Saya terus gelak besar ok. Gelak sorang-sorang pulak tu. Makcik-makcik cleaner yang ada dalam surau masa tu tengok pelik je. Ye la. Gila ke apa cikgu ni gelak besar sorang-sorang. Heh. Kalau takde orang kat surau time tu, saya memang nak gelak guling-guling. Hahaha. 




Kalau korang nak tau, abang saya sorang ni, memang tak pernah bawak balik mana-mana pompuan. Bila dia tiba-tiba mesej macam tu, saya macam terkejut beruk ok. Macam kelakar pun ada. Tapi abang saya ni pun bukan muda lagi. Dah 28 tahun. Kira memang dah sesuaila nak kahwin kan. Harap-harapla kali ni betul-betul jadik. 




Ni la gerangan orang yang kemaruk nak kahwin. 
Haha. Good luck, bro! 
Opss, identiti perlu dirahsiakan. *Bajet abang aku selebritila*




saya:kalau PENANG-JB tu macam KL-JB, kompem saya balik. 

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails