Wednesday, June 27, 2012

Treatment PCOS

Saspen pulak nak jumpa gynae Jumaat ni. Huhu. 


Pada hal dah setahun lebih treatment dengan Dr Ramesh ni. Maybe saspen sebab nak timbang berat kot. Hahaha. Perkara yang saya paling tak suka ialah TIMBANG BERAT ok! Sebab takut tengok jarum penimbang tu tunjuk dekat angka-angka yang mengerikan. Huahuahua. Tapi setiap kali datang appoinment, memang wajib timbang berat. Nak tak nak, kena jugak. Dr Ramesh macam biasala. Senyum je bila tengok berat saya yang mengerikan tu. Senyum penuh makna ye. Sendiri pahamla.






Mak aihhh, beratnya! Kalau berat saya macam ni, tak tahulah. 
Berat sekarang pun dah rasa tak larat nak bawak badan. Hehe.



Alhamdulillah lepas treatment, period saya pun dah regular. Setakat ni tak pernah missed lagi. Syukur sangat. Bila period dah regular, peluang untuk pregnant tu tinggila. Cuma belum ada rezeki lagi. Kawan-kawan doakanla ek. 




Ada seorang doktor pernah beritahu yang saya ni kira beruntung sebab period dah normal. Ada sesetengah pesakit PCOS terpaksa makan ubat turun darah untuk datang period. Ada sorang ofismate Enchik Suami dah buat ovarian drilling (OD) tapi period masih tak keluar jugak. Kasihan kan. Jadi, saya ni memang dah patut bersyukur sangat-sangat sebab period dah datang naturally. Insya'Allah pasti ada rezeki nanti.






Saya percaya, setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah dan ganjaran yang sangat  besar. Manala tau rezeki nak dapat kembar kan. Hehe. Aminkan ye kawan-kawan..:)))






saya:kalau dapat kembar sepasang, memang syukur sangat.

3 comments:

  1. salam kenal...

    sy pn tgh berusaha skrg..mgu lps dh jumpa doc.mudah2an Allah murahkan rezeki kita... ;)

    ReplyDelete
  2. zih@n~amin..mudah-mudahan ada rezeki kita nanti..

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails