Saturday, February 27, 2010

Sendu Bertamu di Kalbu

Sendu Bertamu di Kalbu.

Cet. Sendu la sangat. *___*

Boring duduk sorang-sorang kat rumah. Hubby keje tak balik-balik. Pagi tadi jumpa kejap je sebab saya ada kelas tambahan Prinsip Akaun. Macam ni la duduk 2 orang. Kalau dah dua-dua busy, jumpa malam je la.

Semalam semua umat Islam menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah. Saya pun semangat nak sambut tapi dekat rumah je la. Huhu.

Pagi-pagi saya dah bangun. Lepas solat Subuh, berselawat sorang-sorang sambil kemas dapur. Hehe. Dapat gak pahala kan. Bukak tv ada siaran langsung perarakan Maulidur Rasul. Saya pun dah tercongok kat depan tv. Tengok MHI, pastu tukar plak Nasi Lemak Kopi O..

Tapi semalam ada sesuatu yang menggamit perasaan ni. Tak tahu napa. Rasa syahdu, sendu, pilu bila terkenangkan Rasulullah. Saya nangis tanpa sebab. Rasa rindu sangat kat Rasulullah walaupun tak pernah ketemu. Saya semakin khusyuk mendengar ceramah ustaz di tv sambil tangan melipat baju yang dah seminggu tak berlipat. Ngee~~

Jauh di hati saya, saya insaf dan rasa diri ini kerdil sangat. Keciknya saya walaupun luarannya saya ni sangatla chomel (^_~)..

Sesungguhnya, saya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini. Terima kasih Ya Tuhan kerana wujudkan rasa ini. Saya tak pernah sepilu ini. Dan saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Muhammad.

2 comments:

  1. insafnye la entry ni kan..tp aku xblh blah bab yang ko comel tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    ko jeleskan sbb aku mmg lg comel dr ko..
    kekekeke

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails