Thursday, July 1, 2010

Hai Baru Nak Mengaku??

Fasha mengaku jalin cinta dengan Rizal!



Tadi dok belek-belek Beritaharianonline, terdapat artikel ni. Tiba-tiba pulak nak buat pengakuan. Macamla satu Malaya ni tak tau. Sigh~ Dari dulu lagi orang dah heboh. Dia je menafikan.

Ntah ape-ape je si Fasha Sandha ni. Tak paham betul. Memang dah perosak rumah tangga orang. Ops! Terlebih sudah. Haha. Saya memang tak suka si minah gedik ni. Lantakla ek. Janji saya bahagia. Kekekeke.

Teringat masa tengok Melodi hari tu, boleh pulak si Fafau usik Nora Danish macam ni,

"Dulu dia call ex-husband u malam2..sekarang orang lain pulak call boyfren dia eh.."

Hahaha. Lawak2. Tu la. Tuhan balas balik. Malas nak bebel panjang-panjang. Layan je cite ni. Klik kat link bawah ni.

Berita Harian Online | Fasha mengaku jalin cinta dengan Rizal


aarecomel:semoga rumahtangga saya dirahmati Allah.

Eh Dah Julai!

Cepatnya masa berlalu.

Tak perasan hari ni dah masuk bulan baru. JULAI!

Kejap je rasa. Diam tak diam dah 2 bulan habis DPLI. Tahun lepas, hari yang sama saya daftar di UUM. 1st time jejakkan kaki di UUM. Memang ceruk. Heh. Tapi takpelakan. Nak timba ilmu punya pasal. Habis jugak akhirnya.


::DPLI UUM 07/09::
~Last posing sebelum berpisah..Huhu~


Kadang-kadang rasa rindu dengan kawan-kawan. Rindu nak belajar. Rindu kawan-kawan UKM. Waktu study selalu mengeluh nak abis cepat. Bila kerja baru tahu belajar lagi best. Keja best bila dapat gaji jek. Hehe. Tapi inilah lumrah hidup. Takkan kekal selamanya. Pertemuan pasti ada perpisahan.


::B.A.C UKM 2004-2008::
~Zek.Afid.Mas.Emil.Shirun.Me~




::Zaman Toek-toek::
Dulu suka posing macamni. Haha.
Sampai dah jadi bini orang pun. Hua3.





::Final Year::
Our group had been selected as
BEST PRESENTER OF THE YEAR.

Hehe. Killer paper ni.

Accounting Theory and Practice.


Apa-apapun, kehidupan mesti diteruskan. Banyak lagi yang kena hadapi dalam kehidupan ni. Yang penting selalu ingat, kehidupan dunia pinjaman sahaja, yang kekal tu dekat akhirat. Jadi, kejarlah akhirat dan nikmati kehidupan dunia sebaik mungkin. Yeah!


::SEKARANG::
Menjalankan tanggungjawab kepada dia.
Syurgaku di bawah tapak kakimu.

Hehe.



aarecomel:mahu jadi isteri solehah.aminnn.

As Simple As Me

Heh. Penat menggodeh sana sini.

Kejap-kejap tukar layout. Kejap2 tukar header.

Last-last saya suka yang simple je. Klasik. Haha. It's me! Hakikatnya saya seorang yang simple. Lantakla orang nak buat blog dia cun-cun kan. Macam-macam gadget ada. Tapi saya maintain old skul. Hihi.

Itu masing-masing punya kreativiti kan. Cukupla sekadar sedap mata memandang. Tak heavy sangat. Kang banyak-banyak gadget lembab nak tunggu loading. Sometimes less is much better!


::Bersederhana dalam segala hal adalah lebih baik::



aarecomel:suka jadi orang yang sederhana.

Wednesday, June 30, 2010

Dating Hujung Minggu

Lama kami tak ber'dating'. Heh.

Enchik suami busy sangat bulan ni sampai bulan depan. Banyak exercise. Bulan depan dia kursus sebulan kat base Alor Star. Terpaksala bini dia nih dihantar pulang ke kampung. Hihi. Suka-suka. Tapi sedih jugak sebab tak dapat jumpa Enchik Suami sebulan. Haruslah tido berbantalkan kain pelikat suami. Wakakakakaka.

Okey, lari topik daa..

Last Saturday sempatla g Sunway Carnival tengok wayang. Konon nak g lepas maghrib, alih-alih lambatla gak. Hubby dok tgk berita dulu. Pukul 9 baru sampai Sunway. Sampai je terus g tengok tiket wayang. Nasib sempat lagi, kalau tak jalan-jalan cuci mata je la. Kami pun beli tiket Knight and Day. Hero filem ni Tom Cruise, heroin pulak Camreon Diaz.


::Heroin and Hero::
[Cameron Diaz][Tom Cruise]


Not bad la filem ni. Best gak. Banyak aksi dan banyak gak adegan lawak. Saya pun boleh tergelak besar. Hehe. *memang kaki gelak pun..kekekeke*

Tapi yang tak best masa tengok filem ni, boleh pulak hidung saya ni terbau PETAI. Adoyai~ Gila kuat bau petai. Sapelah yang mencekik petai sebelum tengok wayang weh. Kot ye nak mencekik, janganlah banyak2. Kuat gila bau sendawa petai. Haih~Memang tak tahanla. Kompem orang sebelah saya tu. Hehe. Dua tiga kali dia g toilet. Kompem cirit birit makan sambal petai. Hahaha. Sabar je la.


Layan trailer filem ni..


Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Blogwalking..blogwalking..

Macam ni lah hidup penganggur terhebat. Hehe. Hari-hari mengadap lappy. Tapi make sure semua kerja rumah sudah siap baru boleh online.

Seronok jugak blogwalking. Macam-macam info boleh dapat. I likeee~

Tadi baru jumpa blog yang betul-betul mengimbau nostalgia. Saya rasa kalau mak dan abah tengok mesti diorang pun terkenang-kenangla zaman muda mereka. Heh.


http://bluesriders.blogspot.com/
Memang interesting untuk saya yang tak hidup lagi masa zaman ni.
Really enjoy it!




aarecomel: takkan ada masa depan, kalau takda masa silam.

Minggu Yang Suram

Minggu ini penuh dengan ujian. Mohon Allah beri saya kekuatan yang berterusan.

Kadang-kadang apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Saya tak larat nak sedih lagi. Biarlah orang itu mahu kata apa pun. Saya punya prinsip sendiri dan saya takkan sesekali menyalahkan takdir. Apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Saya juga tak nak mengungkit kisah silam yang sepatutnya disimpan rapi. Cuma saya sedikit terkilan dengan dia. Kenapa perlu diungkit setelah 15 tahun. Manusia..manusia.

Sekarang ni, saya hanya berdoa semoga Allah berikan saya dan keluarga kekuatan. Biarlah kami ni hina dimata dia, tapi mulia di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebagai manusia, kita takda hak nak menghukum seseorang. Itu semua kerja Allah. Semoga hari-hari mendatang akan dipermudahkan segalanya. Amin.


Kalau boleh hari-hari nak senyum macam ni.
Bahagia je.



aarecomel: Semoga saya dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya.

Sunday, June 27, 2010

Sabar itu Separuh daripada Iman

Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.

Masa belajar dulu, member-member ramai yang tak sabar nak kahwin. Pantang cerita bab kahwin, semua khusyuk je. Semua excited nak bercerita. Tiba-tiba, saya yang kahwin dulu. Hehe. Nak buat macamane, jodoh awal. Bak kata orang tua-tua, "kalau dah ada orang nak, jalan je la".

Bila dah kahwin, duduk bersama, tidur sekatil, barula tahu besarnya makna 'perkahwinan'.

Mula-mula kahwin, kami PJJ. Sorang di utara, sorang di selatan. Jumpa sebulan sekali. Nasibla hubby banyak cuti. Bolehla apply cuti lama sikit. 6 bulan PJJ, alhamdulillah saya dapat tawaran DPLI dekat UUM.

Then, barula bermula episod rumahtangga sebenar.
Every week berulang-alik dari Sintok-Butterworth. Kalau banyak assignment, dua minggu sekali baru balik. Ikutkan badan memang penat. Tapi dek kerana tanggungjawab sebagai isteri, saya kuatkan semangat. Boleh kata tiap2 minggu, setiap pagi Ahad sayalah pelanggan setia Plus Highway. Hehe. Kelas pukul 8 pagi, lepas Subuh baru terkedek-kedek gerak dari rumah. Nasibla saya ni pemandu berhemah. Hihi. Tepat pukul 8 dah tercongok kat dewan kuliah. Kalau fikir balik, memang syukur sangat saya ni tak terlibat dengan sebarang kemalangan or kecelakaan. Syukur alhamdulillah.

Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah, saya dapat harungi kehidupan sebagai seorang pelajar dan isteri dengan baik. Syukur Allah permudahkan segalanya.

Sekarang ni, masih menunggu keputusan penempatan ke sekolah. Banyak sangat info. Saya malas nak amik pusing. Sabar menunggu. Cuma hati sedikit terusik bila hubby ungkit pasal kerja saya yang dulu.

Ya. Hakikatnya saya seorang yang bekerjaya. Saya bersyukur Allah permudahkan rezeki saya. Habis pengajian 2 minggu, saya dah ditawarkan kerja di TOPGLOVE. Salah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Tapi jodoh tak panjang. Saya ambik keputusan balik kerja di JB. Saya dapat offer untuk bekerja di salah sebuah company yang berpangkalan di Ireland. Syaratnya, 2 tahun kerja di Malaysia, tetapi dalam tempoh 2 tahun tu saya memang banyak travel. After 2 years, saya kena duduk di India. Tempohnya tak tahu lagi. Selain tu, company akan support saya buat ACCA dalam tempoh 3 tahun. Menarik kan? Akhirnya, saya tolak jugak.


~My colleagues at Topglove~


Masa dapat tawaran DPLI, saya jugak dapat interview untuk Accountant w41. Pada mulanya saya tak tahu yang saya dapat sebab masa tu saya dah mendaftar di UUM. Mak pulak taknak beritahu saya. Katanya, biarlah saya jadik cikgu. Hati kuat nak pergi. Hubby pun sokong, tapi bila difikir dalam-dalam, saya decide untuk kekal di UUM.

Tipu kalau saya kata saya tak suka kerja saya yang dulu. Itu memang cita-cita saya. Mahu jadi accountant. Chartered Accountant. Tapi bila dah kahwin, saya rasa saya perlu berkorban. Hubby keja tak tentu masa. Selalu outstation. Kalau ada anak nanti macamanela agaknya. Dan pensyarah saya pernah beritahu, "Carilah kerja yang dapat puaskan hati awak, jangan cari kerja hanya sebab wang". Saya pegang kata-kata itu.

Sebab itulah saya tetapkan niat untuk menjadi guru.
Bukan sebarang guru, tapi guru yang sebenar-benarnya guru!


~Wif my students during RLM~

Saya puas bila student saya dapat memahami apa yang saya ajar. Saya puas bila student dapat markah baik. Saya puas bila student suka tanya soalan.

Kerana itulah, saya tetap bersabar. Mungkin sekarang hubby tak faham kenapa jalan ini yang saya pilih. Bila dah ada anak, mungkin dia akan menghargai pengorbanan saya. Sesungguhnya, saya tak pernah menyesal pilih jalan ini. Tak kisahla posting lambat, saya tetap yakin setiap yang Allah tentukan pasti ada sebab dan hikmah. Sabar dan terus sabar kerana nikmat kesabaran itu sangat besar. InsyaAllah.


aarecomel: semoga saya sentiasa menjadi hamba yang penyabar.

Friday, June 25, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

Dulu masa sekolah, tiap-tiap malam kitorang baca surah ni sebelum tutup lampu. Sebelum tidurla maksudnya. Balik je prep, terus g supper pastu balik dorm terus buat halaqah dan mula baca surah ni.


Fadhilat Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


aarecomel:alhamdulillah.masih amalkan sampai sekarang.



Thursday, June 24, 2010

Fikir Dulu, Baru Beli

Harore~

Semua sihat ke?Hehe.Hari ni mood baik.Sebabnya, hubby dah gaji!Haha.Bolehla jalan-jalan cuci mata. Dapat sehelai dua baju, okla kan. Hihi. *memang tak sah kalau tak pow hubby..^__^*

Actually, tiba-tiba terfikir nak buat entry ni. Almaklumla dah nak dekat bulan puasa, pastu raya pulak. Confirmla banyak sales kan. Harga runtuhla, jualan gudangla. Macam-macam lagila. Time ni la kita kena berfikir dengan bijak. Sebagai pelanggan, kita ada hak untuk memilih yang terbaik.

Ok, ini antara tips-tips membeli barang yang saya selalu buat.


1. Bandingkan harga pakej dengan harga kalau beli loose.

Selalunya, every weekend akan ada harga promosi. Contohnya, beli 1 percuma 1. Beli 3 percuma 1.Takpun jual barang secara pakej. 3 barang RM5. Untukkan kepastian, saya selalu membandingkan harga tawaran dengan harga kalau saya beli "loose". Sebab kebanyakannya, harga pakej lebih mahal kalau dibandingkan kalau kita beli "loose". Ok, perkara ini terjadi pada saya. Masa tu saya nak beli santan kotak.

1 kotak santan = RM1.90 (harga loose)
6 kotak santan = RM11.90 (harga pakej)

Kalau dikira dengan betul, RM1.90X6 kotak = RM11.40.

Nampak tak perbezaannya. Memangla murah 50 sen je, tapi sekurang-kurangnya kita dapat gak berjimatkan. Betul tak? Kalau hari-hari kumpul 50 sen, sebulan dah berapa. Setahun?10 tahun?Banyakkan. Sebab tu penting untuk kita bandingkan dulu harga promosi dengan harga biasa yang ditawarkan.


2. Bandingkan berat(ml/kg/gram) dengan harga.

Ini tips penting jugak. Dekat pasaran macam-macam brand ada kan. Sebagai pengguna, kita kena pandai menilai. Saya selalu bandingkan kuantiti dengan harga. Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan brand yang glamor lebih bagus kualitinya. Tu memang situasi biasa. Tapi kita kena kikis pemikiran macam tu. Lebih-lebih lagi harga barang makin mahal sekarang, apa salahnya cuba barangan tempatan atau barang yang lebih murah harganya, tapi kuantitinya masih sama. Dapat gak kurangkan belanja kan.



3. Tengok "expired date" dan cop halal (untuk Muslim)

Saya selalu terlepas pandang tentang tarikh luput ni. Kadang-kadang bila kelam kabut tak sempat nak belek lama-lama. Hehe. Tapi kalau shopping ngan hubby, dia memang teliti dalam hal ni. Ada sekali saya terus je amik tin susu tanpa tengok expired date. Pastu hubby macam tak puas hatikan. Dia pun belek-belekla. Expired bulan 11/2010. Lagi bape bulan je kan. Ikutkan memangla elok lagi. Tapi hubby tak puas hati. Dia pun suruh saya tukar dan tengok dulu tarikh luput. Sekali ko..ada stok baru rupanya. Tinnya kilat lagi. Expired 2011. Apa lagi, kena bebel la dengan cik abang. Hehe.


Tengok elok-elok ye.~


Cop halal tu jangan lupa tengok. Especially time nak beli bahan makanan. Sangat penting. Takkan nak bagi suami dan anak dari sumber yang meragukan. Dan mencari yang halal adalah fardhu ain. Ingat tu!

::Logo Halal Malaysia::



4. Barang lama, harga murah, tapi kualiti ok ke?

YES-Year End Sales. Event wajib setiap hujung tahun. Makcik-makcik, kakak-kakak berduyun-duyun g shopping. Semua shopping centre penuh. Cakap je, SOGO (tempat paling glamer), Mid Valley, Jusco memang sesak dan padat dengan manusia. Harga tak payah cakapla. Boleh juling mata. Dari nak beli sepasang kasut, boleh berpasang-pasang. Plan nak beli kasut je, last-last dapat handbag baru, baju baru..dari bajet RM200, boleh jadik RM500. Sigh~ Betul kan?

Hehe. Sampai tak nampak jalan.. (",)


Tapi sejujurnya, saya jarang beli barang masa sale. Kalau ada sale pun, saya akan beli barang yang "new arrival". Tak tahu napa. Saya susah nak tertarik dengan barang-barang yang sales 50%, less 70 %. Mungkin sebab pernah tertipu dulu kot. Kasut yang dibeli masa sale tak tahan lama.

Personally, saya lebih menekankan kualiti dari kuantiti. Saya ni jenis orang yang akan pakai sesuatu barang tu sampaila lusuh ke rosak ke. Hehe. Sampai hujung nyawala pendek kata. Lagipun, pensyarah saya pernah bgtau yang kasut-kasut sales tu memang dah lama. Sebab taknak simpan stok lama, diorang pun jual harga murah. Ada gak untung kan dari terbiar je dalam stor. Akhirnya, kita sebagai pengguna gak yang tertipu. Tak berbaloi beli berapa bulan dah tak boleh pakai. Kita gak yang rugi.



Ni la antara tips yang saya buat time shopping. Ada lagi. Tapi pinggang dah lenguh ngadap lappy ni. Hehe. Siapa-siapa ada tips lain, bolehla kongsi ek.



aarecomel:orang kata budak account kedekut.bukan kedekut.berjimat.ngee~

Wednesday, June 23, 2010

Memori Bola Sepak

Waka..waka..This time for Africa *betul ke?ingat2 lupa..heh*

Semua orang sibuk cerita pasal bola. Musim-musin World Cup sekarang ni. 4 tahun sekali je. Gerai mamak penuh. Time ni la kita boleh tengok skrin-skrin besar bersepah-sepah di restoran. Kayola tauke-tauke mamak a.k.a mapley.

Dulu masa kecik-kecik, saya selalu ikut Abah g Stadium Larkin. Anak abahla katakan. Sian mak kena tinggal sorang-sorang dekat rumah. Hehe. Anak perempuan sorang je. Lain semua lanang*ni bahasa Jawa ye, bahasa Melayu=anak lelaki*, sah-sah la saya ni terkenan sikit perangai budak-budak laki. Sebenarnya, saja je nak ikut. Nak elak kena baca buku. Hik3. Tapi seronok sangat dapat g stadium. Macam-macam gelagat orang kita boleh tengok.

Saya ingat lagi, masa tu skuad bola sepak Johor memang terer, ngetop gitu. Ala zaman-zaman Ervin Boban, Abbas Saad, Alistair Edward,Khalid Shadan, Anuar Abu Bakar*ni je la yang aku ingat..lain xda dalam memori* memang superb la masa ni. Stadium penuh. Meriah dengan penyokong. Sampai parking kereta pun penuh. Sanggup pulak tu parking jauh-jauh semata-mata mahu tengok bola. Jenuhla gak jalan kan. Nasib masa tu kecik lagi, abah mampu nak dukung. *sekarang takda sape larat nak dukung..beso bebeno.haha* Bila nak masuk pulak, kena berebut-rebut. Aishh. Semua tu memang kenanganla. Tapi part yang paling tak boleh lupa, gelagat orang jual makanan. Sampai sekarang masih boleh ingat lagi suara abang-abang penjual makanan ni. Memang unik. Apa ceritala mereka-mereka ini kan?


Gambar-gambar kenangan. Tak silap ni pemain Johor 1991.


::Skuad Superb Johor 1991::




::Abbas Saad::




::Ervin Boban::


Kalau nak dibandingkan sekarang, skuad Johor tak sehebat dulu. Bola sepak Malaysia pun dah takda taring. Bilala Malaysia dapat beraksi di World Cup kan..Soalan yang tiada jawapan. Semoga bola sepak Malaysia akan bersinar lagi.





aarecomel: hubby saya tak minat bola.pelik ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails