Friday, June 11, 2010

Mengidam

Haih. Mengalahkan orang mengandung. Mengidam macam-macam. Haha. Tapi serius saya tengah mengidam sangat nak makan coklat. Tak kisahlah apa-apa pun. Janji berkaitan dengan coklat. Kek coklat, coklat Cadbury, coklat Apollo yang murah tu *ala..yang sepeket RM1.20 tu..hihi*, choc tart..apa2la. Janji chocolate..^______^


Ni ha..Coklat kegemaran.Murah.Sedap..Tapi bukan yang susu.I dont loikee!Boleh mun*** jadiknye..Grrrr~


Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Pelik kan. Hehe. Padahal boleh je gi kedai kek ke kedai runcit ke beli..The problem is saya M.A.L.A.S nak drive g kedai. Hahaha. Tahap gaban punya malas. FYI, saya dah seminggu tak keluar rumah. Hanya terperap di dalam rumah sahaja. Bila dah malas, tak boleh nak buat apa. Hahahaha. Gila bosan kan saya ni. Whateva. Janji saya bahagia. Hihihi. Tapi hari ni rasa tak tahan sangatla. Nak ajak hubby g cari chocolate gak malam ni. Haih..Kalau dapat makan sket pun jadikla. Nanti sian baby saya. Meleleh je air liur..Huhu..*abaikan yang ini..berangan semata-mata..baby belum kuar lagi..dia main hide n seek..malu nak kuar..haha*



Adeii~meleleh air liur ni..Malas nak buat.Pergi Secret Recipe sudah..




Coklat Chip Cookies..Haa..Famous Amos!Pe lagi..Tapi aku tak jumpe lagi famos amos kat sini..Haih~




Ice cream and chocolate wafer..Perghh~Menyengat beb..Ada strawberi plak tu..Bang cepatla balik..tak tahan dah ni..Hahaa




Coklat homemade..Tak pernah try lagi sebab dah mind set coklat homemade tak sedap. Boleh tak mcmtu..Hehe. Tapi rasanya kena tryla gak. Mana tau sedap..


Dahla tu. Cukup-cukupla cuci mata ye. Lap sikit air liur tu. Haih korang plak yang lebih2 t'liur ye.Haha.



aarecomel:coklat penawar terbaikk..

Wednesday, June 9, 2010

Seronok Tapi...

Gembira sangat dapat balik kampung. Kampung ke? Hehe. Kira kampungla kan walaupun umah taman, kat JB lak tu. Hihi. As long as jauh dari umah sendiri dikira kampungla kan. Memang betul la orang tua cakap. Pergilah sejauh mana pun, kampung halaman jugak tetap di hati.

Macam biasala kalau dah balik kampung tu apa je nak makan, semua dapat. Pulut ngan kuah serawa durian. Mee rebus. Ubi rebus cicah sambal tumis. Otak-otak Kempas yang gila sedap. Fuhhh~ Banyak syiok. Hehehe. Mak layankan je anak dia ni. Tapi bukan I yang lebih-lebih makan. Sang arjunaku plak yang makan banyak ok. Sejak bila tah kuat makan. Hahaha. Terjangkit kat bini dia la tu. Huahuhuahua. Makan bang, jangan tak makan. Heeeeee~

Sekejap je seminggu. Tapi puas hatila. Dapat jumpa family. Makan macam-macam. Jumpa Zapp, Azza, Fir, n Ain. G majlis Mas n Ajak. Okeyla. Berbaloila balik.

Seronok sangat tapi..masih tak puas lagi. Nak duduk umah mak lama lagi. Huhu. Balik sebelum cuti sekolah, so tak dapat spend banyak masa dengan mak. Mak tak sempat nak shopping-shopping ngan anak dia ni. Masa nak balik tu berat je hati. Rasa nak suruh hubby naik bas je. Haha. Tapi bila tgk keadaan mak yang tak sihat tu, malas nak susahkan dia. Nanti dia gak nak kena hantar anak dia ni balik. So, sabar je la. Jangan ikutkan perasaan. Ada masa boleh balik lagi.
Apa-apa pun saya gembira sangat dapat balik JB. Yeah~JB tetap di hati!

Sunday, June 6, 2010

Emosi

Tiba-tiba..

Sedih. Tersentuh. Tension.

Macam-macam ada perasaan ni.

Sebabnya..

Tengok kawan-kawan yang baru kawin..dah pregnant..

Huhu.

Tak tahu macamana nak bendung perasaan ni.

Jeles..memang sangat jeles!

Tipu kalau aku tak jeles.

Ya Tuhan..

Kuatkanlah semangat hambaMu ini..

Thursday, May 27, 2010

Cicak Durjana

Grrrrrrr!!

Kenapala cicak ni tak reti bahasa.

Hangin satu badan dibuatnya.

Oi cicak..Nak berak tu janganla sepah-sepah.

Penat aku nak mop. Kalau tahi ko tu sikit tak apa. Ini belambak-lambak. Merata-rata pulak tu.

Haissssssshhhhhhhh. Aku memang geram betul.


Cicak durjana. Tunggu ye. Bila aku dah terer lastik, kompem ko kena..Eiii~geramm!


Nasib baikla aku nih tak reti nak lastik.

Kalau tak kompem korang satu family dah arwah.

Gerammmnyyyyyyyyeeeeeeeee..

Cicakkkkkkkkkk!!!! Tunggu ko. Siapla nanti.



Lastik getah idaman kalbu. Memang kena spare kat umah. Senang aku shoot kat cicak nanti..Ngee~





aare:kena tuntut ilmu melastik dengan sang arjuna

Sunday, May 23, 2010

Berhenti Berharap

Period dah delay..
Tapi malas nak wat test..
Huhu..
Takut nak mengharap..
Tunggula dulu..
Rasa macam takda lagi..
Takda tanda-tanda ..
Kuat makan..
Tapi memang kuat makan pun selama nih..
Hihihi..
Sabar..
Kalau rezeki tak kemana..
Kalau takde rezeki lagi,
Usaha lagi..dan
Terus usaha..
Jangan lupa..
DOA dan TAWAKAL..
*_________*

Saturday, May 22, 2010

Refreshment

Tiba-tiba mood rajin datang nak tukar layout blog ni. Walaupun tak berapa cantik, tapi saya suka. Sebabnya ada pokok kat tepi. Hehe. Kita kena sokong Green Campaign. *takde kena mengena pun sebenarnya..haha** Apa-apalakan. Janji saya suka. Saja je tukar layout. Isi masa lapang yang banyak sangat nih. Ditambah pulak suami takda di sisi. Huhuhu. Agak sedih sebenarnya. Tapi kupendamkan saja rindu itu. Ewahhh~~Phewitt~

Kadang-kadang memang kita kena ada pembaharuan. Tak kirala dalam apa-apa pun. Tempat tidur ke, rumah ke, tempat kerja ke.. Badan kita pun perlukan perubahan. Erk~*dari dulu sampai sekarang badan saya tetap comel..takde perubahan pon..arghh!** Sebagai Islam pun kita kena selalu muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat hidayah dan rahmat dari sisi Allah.

Jadi, marilah kita sama-sama berubah kepada kebaikan dalam apa jua perkara yang kita lakukan..
Sekian saja tazkirah untuk hari ini..Hihihi
Renung-renungkan dan selamat beramal..
^______^

aare:sukakan perubahan


Aku Tanpa Cintamu

Baru berapa jam..
Saya dah rindu..
Tapi saya kena kuat..
Kena biasakan diri..
Saya tahu dia berat hati..
Nak tinggalkan saya..
Kerja tetap kerja..
Jadi sayala yang kena faham..
Bukan senang untuk saya..
Huhuhuhu..

Sehari tanpa cintamu..
Sungguh sepi..
Sunyi..
Kosong..
!__________!


aare:tak biasa tido sorang..=(

Wednesday, May 19, 2010

Dup Dap Dup Dap

Hai kawan-kawan..
Macamla ada yang baca blog saya ni ye. Hehe
Tak apala. Dah nama saya punya blog, suka hati sayala kan.
Orang baca ke tak baca ke..ada aku kisah???
Hihihi..

Almost sebulan jadik penganggur terhebat. Hoho. Sangat bosan di rumah tapi kadang-kadang best jugak. Boleh bangun pagi lambat. Ngeee. Tapi saya bangun solat Subuh tau. Ngadap MUKABUKU hari-hari. Part yang paling best, dapat mengada-ngada lebih ngan suami terbucuk. Hehe. Selalunya kalau saya dah bekerja, perasaan nak ngada-ngada tu kurang sikit. Heh. Boleh plak ek. Balik sekolah dah letih, lepas tu nak prepare lagi untuk besok, masak, kemas.. Jadik, masa nak mengada-ngada tu memang terbatasla sangat. So, dah ada peluang camni, apa lagi.. Mengada-ngadala sepuas-puasnya. Hihi.

Opss melalut pulak..Sebenarnya, nak beritahu yang saya...haaaaa..saya ape ek...
.
Jeng..
.
Jeng..
.
Jeng..
.
(Saspen ke?Kompius..)
.
Sebenarnya risau nak posting ni. Kawan-kawan DPLI kecoh beritahu dekat Facebook ada guru pembimbing yang tak hantar lagi markah. Khabarnya, (skema la plak..isk) posting maybe bulan 7.Erm makin lama la kami jadik penganggur terhebat. Sob..Sob..Sob.. Takpela. Nikmati je la cuti yang dibagi ni. Saya cuma berharap sangat dapat posting dekat ngan suami bucuk ni. Kalau boleh memang taknak jauh-jauh. Susah woo. Bukan senang nak PJJ. Tak sanggup nak hadapi episod PJJ lagi. Huhu. Sekarang ni saya berdoa sangat-sangat moga dapat sekolah dekat Penang ni. Tak kisahla dapat island pn. Janji PENANG!


aare:kawan2 doakan saya gak ye..

Friday, May 14, 2010

Malaysia Kalah Lagi



Saya kecewa sebab,
.
Malaysia kalah separuh akhir
.
Lee Chong Wei tidak pamerkan kehebatannya yang sebenar
.
Hafiz Hashim tak main sungguh2 masa lawan Jepun
.

Tapi saya bangga dengan
.
Semangat Lee Chong Wei dan semua pemain,
.
Sokongan rakyat Malaysia yang tak berbelah bahagi




Apa-apapun, saya akan tetap menyokong dan terus menyokong badminton Malaysia. Mungkin bukan rezeki kita lagi, insyaAllah 2012 jadik milik kita. Aminnn..


aare:doakan kejayaan mereka dari jauh je..

Sunday, May 9, 2010

Paprik Ayam

yum..yummm..

Lauk hari ni. Paprik ayam. Taraaaaaaaaa! Hihi. Ekceli dah selalu masak lauk ni. Memang my dear husband suka sangat. Kalau dah nama paprik tu, mestila ada sayur kan. I campak2la sayur kacang panjang, baby corn, carrot, and bunga kobis. Campur-campur jadikla banyak. Senang dan sempoi. Ada ayam dan sayuran. So takla makan ayam semata-mata kan. Lagipun bila masak macamni hubby otomatik akan makan sayur2 yang ada dalam tu. Dia memang kureng sket bab makan sayur nih. Huhu.

Okla. tu je nak share hari ni. Adios.




aare:kangen mau masak asam pedas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails