Sunday, March 6, 2011

Sekadar Luahan

Serius malas nak update blog ni. Mood tah kemana. Ditambah pulak kerja sekolah banyak. Pencerapan la. Meeting PIBG la. Balik je dah letih. Tak larat nak ngadap laptop. Kalau on laptop pun sebab buat kerja-kerja sekolah. Takda maknanya nak berfb ke berblogging ke apa lagi nak berblogwalking! 


Sekolah tinggal seminggu je. Lepas tu, boleh rehat goyang kaki, jadik surirumah sepenuh masa ok! Tapi untuk seminggu je. (T___T) . Sejak dua menjak ni, memang cepat letih. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja, jadik surirumah sepenuh masa, ada bisnes online ke..paling cikai pun, jual kueh ke kan. Arghhh~berangan je la. Kalau duduk rumah, duit berkepuk-kepuk, memangla saya sanggup berhenti kerja. Ni walaupun dua-dua bekerja, kais sebulan, makan sebulan. Huhu. Tapi tetap bersyukur sebab masih cukup makan, ada tempat tinggal, ada kereta nak g jalan-jalan.

 Kalau jadik housewife, confirmla aku pemasak tegar!Pantang ada resepi, confirm nak cuba. 
Sekarang, jangan harapla. Masak ala kadar je. Donut pun lama tak buat!Haih~



Buat kengkawan lama, dah dapat bonus tu, ingat-ingat aku yang jadik kuli kerajaan ni ye. Tak baik tau rezeki tu makan sorang-sorang. Haha. *time ni la baru nak ngaku kawan, nak contact kengkawan lama.apa punya kawan la..ngeh3* Syok bila dengar kawan-kawan dapat bonus kan.. Ada yang 3 bulan gaji, paling best 12 bulan gaji pun adooo!Perggghhhh~Sentap jugak la. Tapi tu rezeki masing-masingkan..Yang penting jangan lupa menyimpan untuk masa depan!





cikgucomey: kadang-kadang rasa mahu kerja private balik.boleh gitu?hihi

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails