Tuesday, November 20, 2012

SAYONARA

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik nak masuk bulan Disember. Phewww~



Tahun ni adalah tahun yang paling penat untuk saya. Dari awal tahun sampailah hari-hari terakhir persekolahan, masih pulun buat kerja yang tak habis-habis. Alhamdulillah, semuanya siap sebelum cuti. 


Sekarang ni, sibuk pulak nak kemas barang. Nampak macam sikit je barangnya, tapi bila dah kemas baru tahu ok! Ni baru duduk rumah yang sekangkang kera, kalau duduk rumah yang besar gabak lagi banyaklah barang kan. Baju kurung saya pun dah penuh satu 'box' besar tu. Itu pun kadang-kadang merungut dengan Enchik Suami takda baju. Heh.


Sejujurnya, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah dan jiran-jiran. Diorang semua dah macam keluarga saya sendiri. Bukan senang nak hidup di tempat orang. Tambah pulak saya dan Enchik Suami takda sedara mara dekat sini. Kawan-kawan dan jiran-jiranla yang banyak membantu. Huhu. Allah saja yang mampu balas jasa mereka.








me:will gonna miss them badly...:((

No comments:

Post a Comment

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails