Tuesday, March 8, 2011

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui skim tersebut, pembeli akan mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti kelaziman sebelum ini.


 Kalaulah dapat rumah macamni, best jugak. 
Tapi kalau setakat dua orang je, tak berbaloila pulak.



“Kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih.
“Skim Rumah Pertamaku akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, pembeli rumah pertama juga akan diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga tidak melebihi RM350,000.

Selain itu kata Najib, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem juga sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai rumah pertama tersebut.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM568 juta bagi membina 87,300 unit kediaman.

 Salah sebuah rumah idaman jugak.  


Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah tersebut 79,000 unit rumah dibina di bawah Program Perumahan Rakyat, 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah dan 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar.

Sementara itu, bagi membantu golongan pekerja estet untuk memiliki rumah pula, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Skim ini terbuka kepada pekerja estet tetap (warganegara) untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus.“Tempoh pinjaman pula dipanjangkan sehingga 40 tahun dengan pembiayaannya menjangkau sehingga kepada generasi kedua,” jelasnya.

::sumber dari utusan malaysia::



cikgu_farhana: memang plan nak beli rumah taun ni.moga termakbul.

3 comments:

  1. Kak, mintak 20 sen. saya komen ni.

    Harga rumah di Sabah terlalu mahal. Tak tahu dan pasti kenapa. Harga rumah sekitar KL lebih murah berbanding Kota Kinabalu. Pelik. Tapi benar. Buat saya marah sahaja.

    ReplyDelete
  2. yusuf nur~ambik ni..akak bagi 20 sen..:p

    Kalau macamtu yusuf beli je la umah kat KL..jadik org KL..berbaloi2!

    ReplyDelete
  3. cam ner nk daptkn borang untk beli rumah ni..?

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails