Kejadian 3 hari lepas, semasa saya sedang memilih kuih untuk minum petang,
Bapa: Adik nak kuih apa? Ambik la.
Anak perempuan: (Terus pilih kuih-muih kegemaran)
Usai si anak memilih kuih, si bapa pun bertanya,
Bapa: Cukup ke dik? Nak apa-apa lagi?
Anak: (Sekadar menggelengkan kepala tanda cukup)
Semasa dalam perjalanan pulang, saya rasa sebak. Teringat saya pada Abah.. (T__T)
Abah saya adalah orang yang paling istimewa dan anugerah yang tidak ternilai untuk saya. Sejak kecil, Abah sangat menjaga makan kami adik beradik. Tak pernah sekali pun saya adik beradik tak cukup makan. Abah saya tak pernah kekok dalam membantu Mak menguruskan rumah. Dari mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, hatta memasak pun Abah cukup hebat! Bertuahkan saya.
Abah pantang bila dengar saya nak makan apa-apa. Pasti dia akan belikan makanan yang saya nak makan. Kalau tak jumpa, dia akan cari sampai jumpa. Begitulah kasih Abah.. (T_____T)
Hakikatnya, walaupun saya dah 4 tahun kahwin, kasih sayang Abah terhadap saya tak pernah berubah. Masa Abah datang ke rumah saya tempoh hari, Abah tunaikan hasrat saya nak makan Asam Pedas Ikan Pari. Malah, sepanjang di rumah saya, Abahlah orang yang sibuk memasak di dapur, bukannya saya! Ya Allah, besarnya kasih sayang Abah. Abah jugakla yang temankan saya pergi ke pasar. Abahlah jugak yang keluarkan tenaga kopekkan durian untuk saya makan. Dan setiap kali Abah nak ke rumah saya, dia pasti akan tanya dulu kalau-kalau saya ada nak makan apa-apa. Abah pasti akan belikan dan bawa ke Penang.
Sesungguhnya, saya tahu bahawa saya tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Abah pada saya. Hanya sekalung doa yang tak pernah putus dari saya untuk Abah dan Mak.
Buat Abah,
Adik cuma nak Abah tahu, yang Adik sangat sayangkan Abah dan Abah adalah lelaki nombor satu dalam hati Adik.
saya: menaip sambil bergenang air mata.