Wednesday, May 18, 2011

Musim Exam

Sekarang ni dah musim exam. Lega sikit. Bolehla merajinkan diri update blog. Haha. Lepas ni tak taula. Nak kena ngadap paper la plak..Entah ada masa nak update ke tak. Awal-awal je semangat kan.

Hari ni Cikgu tak banyak kelas sangat. Semua 1 waktu je. Tapi 1 waktu pun dah mengantuk yang amat!! Haih. Lagi-lagi lepas rehat kan. Bukan budak-budak je yang ngantok, dengan cikgu-cikgu pun boleh terlena. Hehe. Nasibla tak tersengguk-sengguk. Cikgu mesti kena pandai cover. Kalau tak, tak pasal-pasal kena gelak ngan budak kan. Erk. Terus tak ayu dah. Haha.

Cuma Cikgu tak berapa suka gelagat budak yang suka dok pusing-pusingkan pen. Kalau terer betul nak pusingkan pen tu takpela jugak. Ini asyik jatuh je. Bila dah jatuh, mestilah kuarkan bunyi kan. Memang menyakitkan telinga. Kalau sorang je yang buat macamtu, tak apa. Ini boleh kata semua! Sabar aje la.





Semoga pelajar-pelajar Cikgu dapat jawab exam dengan elok ye..:p



cikgu_farhana: rasanya buat soalan dah senang, tapi budak komplen susah.korang yang tak study, Cikgu dipersalahkan.haih~

I'm Back!

Hahahahaha. Gelak puas-puas dulu. Lama gila Cikgu tak update blog.

Tak sempat cik kak oiii..Keje sekolah berlambak. Tambah pulak, nak layan Enchik Suami yang asik ngadu kurang kasih sayang. Haihhh~ Macam-macam la.

Tapi kali ni dah berazam nak rajin-rajinkan update! Yeahhh! *dengan penuh semangat ni, ala-ala Abg Nas rambut ketak.hahaha*

Sebab lama tak update, Cikgu nak tunjuk mukala sketkan. Walaupun tak berapa nak cun, harap bolehla buat hilang rindu korang kt Cikgu. *macamla ada yang rindu kt aku ni kan..haha.tak kire.nak letak jugak!*






Taraa......










Apa macam? Cun takkk??? Hehe.



cikgu_farhana: gambar choc donut ball lagi menggoda dari muka cikgu ok!

Monday, March 28, 2011

Iphone4..Keperluan ke Kehendak??

Enchik Suami bermurah hati nak belikan Iphone4 untuk cikgu.


Mula-mula excitedla gak kan. Tapi bila pikir-pikir balik, rasa macam tak penting pulak. Kalau setakat nak surf internet, broadband pun dah ada. Monthly RM100 gak la.Setakat nak beli handset canggih sebab malu ngan kawan-kawan, rasa tak worth it. Sebab malu, kena kuarkan duit beribu-ribu. Sebulan gaji tu!





Erm biarla orang kata tak cool, tak gerek..
Yang penting handset tu boleh call, message..dah cukup untuk cikgu.




Keperluan ke kehendak??

Semua terpulang pada diri sendiri. Ada orang rasa Iphone4 itu satu keperluan, tapi pada cikgu ia sekadar kehendak.






cikgufarhana:kalau enchik suami betul2 nak belikan handset baru, cikgu akan pilih yang murah sikit kot..:p

Sunday, March 27, 2011

Rezeki Beli Rumah

Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas, Cikgu dapat surat tawaran lantikan tetap. Baru tawaran, tapi insya'Allah tak lama lagi sahla lantikan Cikgu. Gaji pun naikla kan. Syukur sangat.



Kebetulan, masa balik JB haritu, Enchik Suami terbukak hati pulak nak booking rumah. Dekat sangattttt dengan umah mak Cikgu. Satu taman! Hihi. Tapi baru bookingla. Baru nak apply loan. Harap-harapla lulus. 



Mungkin ni la dinamakan rezeki. Rezeki nak beli rumah!
Alhamdulillah, syukur. Semoga urusan kami dipermudahkan.



::Rumah yang dibooking::
[34'x65']
[6 rooms, 5 bathrooms]




cikgufarhana:selalu pesan pada diri, "bersangka baik pada Allah". setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang besar.alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan!

I'm Single Now!

Serius. Saya bujang sekarang!


Tapi untuk 3 hari je..:p




Walaupun baru berapa jam kena tinggal, dah nak meroyan dah ni.
Rumah sunyi sepi. Dengar suara tv je la. Huhu.



 Enchik Suami, sila jaga diri eh. 
 Jangan nakal-nakal.





Nasibla 3 hari je banggg.. Kalau 3 bulan, boleh kurus kering bini u ni..Hehe. 
Kurus ke? Haha. Sendiri mau jawab ok!



Apsal la laki aku ni nampak tua ek dalam gambo ni??
Bini dia maintain ayu kan. Ngee~




cikgufarhana::tido bertemankan kain pelikatla jawabnyaa..:p

Wednesday, March 23, 2011

1.4.3.

143!!!
Susah nak buang rasa benci  pada hamba Allah yang satu ini..
Saya bukanlah orang yang jenis pendendam, tapi apa yang berlaku pada saya, buat saya benci pada dia sampai bila-bila.
Saya masih belum mampu maafkan dia. 
Saya manusia biasa..perlu masa untuk memaafkan.
Saya pun tak suka perasaan ini menghantui diri saya..
Tapi ini saja yang mampu saya lakukan sekarang..
Semoga saya akan dapat memaafkan hamba Allah yang satu ini satu hari nanti.



*Kadang-kadang rasa tak mampu untuk menghadapi ujian ini. Doa saya, semoga Allah berikan saya kekuatan berterusan..



cikgufarhana: tak boleh tidur..

Tuesday, March 22, 2011

Live From School~

Hehe. Curik masa kejap update blog. Minggu ni budak-budak ujian, so cikgu kurangla kerja sikit. Tapi ngantuk jugakla dok jaga kelas tadi. Haih~Macam nak pengsan tahan ngantuk. Hahaha~Cikgu pulak over ngantuk ek!

Cuma nak share apa Cikgu masak pagi tadi. Requested by Enchik Suami. Bangun tido, tanpa gosok gigi terus dia ngap!!Eh, tapi taik mata dah cuci tau! Hehe. Sila jangan geli ek.. Macamla korang tak biasa. Ngeh3.



 ::Sosej Roll::



Makannya 2 orang je. Tapi cikgu memang selalu buat lebih. 

So, yang lebih tu, cikgu suruh Enchik Suami bawak bekal g ofis. Hehe. Selamat. Tak membazir..:p




Bekal untuk Enchik Suami. Siap ada sos lagi..kalau ada mayonis paket, 
nak je bubuh.Tapi takda stok dekat rumah.



cikgufarhana: mood masak-masak dah balik!!

Thursday, March 17, 2011

Wishlist Balik JB

Bukan selalu dapat balik JB dengan Enchik Suami. Almaklumla, Enchik Suami pejuang negara, susah sikit nak dapat cuti. So, bila dapat balik sama ni, macam-macamla plan dia.




1. Nak makan NASI AYAM PENYET sedap+murahhhh..Tempatnya tak jauh pun. Dekat Taman U. Restoran kawan pakcik Cikgu. Memang kalau balik JB, kitorang mesti makan dekat gerai dia. Sesuaila dengan selera Enchik Suami. Sambal tak pedas.Sedang-sedang je. Yang penting, sedap dan murah banding dekat Jusco Seberang Perai, 2 orang makan dah RM30++.


 Adeiii~Tergoda betul dengan sambal tu. Huhu. 
Tapi kalau ada tempe banyak-banyakkkk lagi tergoda!



2. BIG BUNDLE. Nama pun bundle, mestilah nak beli baju kan. Enchik Suami pernah pergi sekali je. Masa tu, kitorang kuar makan kat Stulang, pastu Abah bawak pusing-pusing bandar JB. Dia cakap baju-baju dekat situ kualiti bagus. Kain dia lembut, macam baju mahal. Tapi memang pun. Kebanyakan baju-baju ni, import dari luar negara. Bukan barang Siam la. Selama duduk dekat Butterworth ni, tak pernah pulak dia ajak Cikgu g kedai-kedai bundle.


Ha, nila kedai BIG BUNDLE tu. Dekat sangat dengan Danga Bay. 
Tapi kedai ni ada main branch, dekat Tampoi. Kalau tak silapla..


(tq Enchik GOOGLE)


3. Otak-Otak.. Sapa yang tak suka makan otak-otak uolllssss~Cikgu memang hantu otak-otak. Especially otak-otak Kempas. Otak-otak JB kureng sket kot pada Cikgu. Enchik Suami dah jadi hantu otak-otak sekarang. Ingat lagi, masa bulan puasa tahun lepas adala balik JB kejap. Hari-hari nak beli otak-otak untuk buka puasa. Kemaruk la tu!Hihi.

Otak-otak yang sedap. Kempas punya pedas sikit. Tu yang meletopp!
  



cikgufarhana:sejak kahwin ni, Enchik Suami dah pandai makan pedas, makan tempe, makan lauk kicap. Haha. Dah separuh Jawa.Hua3.

Tak Lalu Makan

Sejak-sejak demam hari tu, selera ni makin kurang pulak. Makan nasi sikit je dah kenyang. Lidah ni pulak rasa pahit je. Makan apa pun rasa tawar je. Takde nikmat makan langsung! Huhu. Rasa nak makan manis-manis je. Tu yang konon-konon buat kek coklat semalam. Tapi bantatla pulak. Kempunan~



 Dapat sepotong pun jadilah..Sedapnya~



credit to: enchik google



Petang ni, plan nak masak gulai daging untuk Enchik Suami. Lama tak masak gulai daging. Harap-harapla jadik. Kena abiskan stok dalam fridge jugak. Esok nak balik JB. Yeay! Balik kampung!




cikgufarhana:hubby suggest makan jeruk bagi hilang rasa pahit.

Wednesday, March 16, 2011

Semoga Bertambah-tambah Rezeki Tahun Ni

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Walaupun pelbagai ujian dan dugaan kami hadapi, alhamdulillah Tuhan masih sayangkan kami. 

Semalam dapat berita gembira sebab dah lulus interview SPP. Lega rasa. Kalau ingat balik, bukan main risau masa nak interview haritu. Sampai tak boleh tido malam. Huhu. Bertambah-tambah gembira, Enchik Suami pun insya'Allah akan naik pangkat! Syukur sangat-sangat.. Kalau dah naik pangkat, maksudnya naik gaji la kan. Hehe.*dah bertanduk dah ni.macam-macam nak pow.Ngeh3*


Harapan dan doa kami, semoga akan ada rezeki nan satu itu. Sabar dan terus berusaha untuk rezeki yang satu ni. Kawan-kawan doakan jugak ye!




cikgufarhana:dah mula jeles tgk member-member dukung anak.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails