Thursday, March 17, 2011

Wishlist Balik JB

Bukan selalu dapat balik JB dengan Enchik Suami. Almaklumla, Enchik Suami pejuang negara, susah sikit nak dapat cuti. So, bila dapat balik sama ni, macam-macamla plan dia.




1. Nak makan NASI AYAM PENYET sedap+murahhhh..Tempatnya tak jauh pun. Dekat Taman U. Restoran kawan pakcik Cikgu. Memang kalau balik JB, kitorang mesti makan dekat gerai dia. Sesuaila dengan selera Enchik Suami. Sambal tak pedas.Sedang-sedang je. Yang penting, sedap dan murah banding dekat Jusco Seberang Perai, 2 orang makan dah RM30++.


 Adeiii~Tergoda betul dengan sambal tu. Huhu. 
Tapi kalau ada tempe banyak-banyakkkk lagi tergoda!



2. BIG BUNDLE. Nama pun bundle, mestilah nak beli baju kan. Enchik Suami pernah pergi sekali je. Masa tu, kitorang kuar makan kat Stulang, pastu Abah bawak pusing-pusing bandar JB. Dia cakap baju-baju dekat situ kualiti bagus. Kain dia lembut, macam baju mahal. Tapi memang pun. Kebanyakan baju-baju ni, import dari luar negara. Bukan barang Siam la. Selama duduk dekat Butterworth ni, tak pernah pulak dia ajak Cikgu g kedai-kedai bundle.


Ha, nila kedai BIG BUNDLE tu. Dekat sangat dengan Danga Bay. 
Tapi kedai ni ada main branch, dekat Tampoi. Kalau tak silapla..


(tq Enchik GOOGLE)


3. Otak-Otak.. Sapa yang tak suka makan otak-otak uolllssss~Cikgu memang hantu otak-otak. Especially otak-otak Kempas. Otak-otak JB kureng sket kot pada Cikgu. Enchik Suami dah jadi hantu otak-otak sekarang. Ingat lagi, masa bulan puasa tahun lepas adala balik JB kejap. Hari-hari nak beli otak-otak untuk buka puasa. Kemaruk la tu!Hihi.

Otak-otak yang sedap. Kempas punya pedas sikit. Tu yang meletopp!
  



cikgufarhana:sejak kahwin ni, Enchik Suami dah pandai makan pedas, makan tempe, makan lauk kicap. Haha. Dah separuh Jawa.Hua3.

2 comments:

  1. welkam back to school cikgu ;-)

    hheheh kita pun mmg suka otak-otak.pebret!!!

    nasi ayam penyet dekat Taman U belah mana ek? Kita slalu makan kat area nusa bestari/. sedap gak ;)

    kita suka sambal pedas2 br ada kaw! heheh

    ReplyDelete
  2. kak ret~hihihi..welcome back!

    sedapkan otak-otak!satu bakul tu abiskan kite sorang je..nasi ayam penyet tu dekat kedai2 belakang Jusco..pilih je nak makan kat gerai mana.semua kedai ada nasi ayam penyet!

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails