Wednesday, February 23, 2011

After 40 Days..

Hari Isnin hari tu genap 40 hari Cikgu bleeding. Muka dah pucat. Badan makin lemah. Konon tak nak MC, last-last kena jugak MC. Doktor siap marah lagi sebab asik fikir pasal sekolah. Huhu. Dah teruk pun masih pikir pasal kerja.

Lama jugakla kat KPJ Penang tu. Mula-mula kena test darah. Doc nak tahu HB ok ke tak. Lamala jugak kat lab tu. Siap kena test darah kat cuping telinga ha.. Katanya prosedur biasa sebelum operation. Saspenla jugak kan. Takut bila dengar operation-operation ni. Huhu. Nasibla tak kena operate apa-apa. Ambik darah pulak tu. Pastu baru masuk jumpa Gynae. Doc pun dah pening kenapa bleeding tak benti-benti lagi. 

Finally, doc guna last option.. INJECTION! Nak tak nak kena injection jugak. Kalau tak, tak tau sampai bila darah nak benti. Sian Enchik Suami kan.. Seksa batin woo~Hehehe. Tang kena cucuk tu, mula-mula rasa macam kental je kan. Sampai umah barula rasa sakit. Nak mengiring pun susah. Penangan injection ok!





cikgu_farhana: next month ada appointment lagi.

4 comments:

  1. semoga encik suami sihat sejahtera kembali... sakit tu inject kat buntut... heeee

    ReplyDelete
  2. 40hari bleeding? sian nya cikgu. mmg lemah la darah klua byk. tp cikgu jgn amik ape2 ubat/injection yang utk berenti darah klua sbb ade kawan bgtau (dia nurse) klu kite mkn tu kesannya ssh nak pregnant.

    sekali lagi aida suggest cikgu pki korset premium beautiful. korset ni utk kesihatan dalam wanita especially part peranakan kita. pb boleh menyihatkan rahim. mengembalikan kitaran haid kepada normal, menghilangkan keputihan senggugut.

    juga sesuai untuk yang mengalami asma, maigrain, gastrik dll. cubalah cikgu untuk kesihatan cikgu. juga untuk hubungan suami isteri.

    ReplyDelete
  3. cacing~hahaha..gelak kejap..bukan enchik suami yg sakit.hehe.cikgu yang sakitla..:p

    ReplyDelete
  4. aida~dah xde option lain..kena gak injection sebab dah 40 hari..kalo tak injection tak tau sampai bile..huhu

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails