Friday, December 24, 2010

Resepi Roti John

Atas permintaan Kak Jaja dan Acan Kentot, CikguComey letakla resepi Roti John versi French Loaf. Sebelum tu mintak maafla ek sebab ukurannya memang ikut suka hati. Sebab CikguComey ni masak memang ikut suka je. Campak-campak aje. Hehe.


Bahan-bahan:
French Loaf a.k.a Roti Perancis- dipotong 6. *kalau nak potong lagi kecik pun boleh jugak,dapat banyak sikit.*
Telur-3 biji *nak boh lebih pun takpe*
Marjerin
Mayonis, sos cili
Tomato,timun *kalau suka salad, bleh ganti salad*

Bahan untuk inti:
250 gm daging cincang/daging kisar (kite beli daging kisar Ramly je)
1 biji bawang merah-dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari daging *nak lebih pun boleh jugak.ikut suka ye.*
Sedikit gula dan garam
Sedikit minyak masak


Cara-cara memasak inti:
 1. Masukkan bawang yang dicincang sampai naik bau.
 2. Masukkan daging cincang, goreng seketika. Lepas tu, masukkan serbuk kari. Biarkan sebati. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga garing. Agak-agakla ye. Jangan sampai hangit. Hehe.
3. Dah siap, sejukkan dulu.

Bila dah sejuk, masukkan telur dalam adunan inti tadi. Kacau rata. Untuk menggoreng, cairkan sedikit mentega dalam kuali. Lepas tu letak inti atas kuali dan biarkan seketika. Agak-agak telur dah masak sikit, letak roti atasnya. Tunggu sehingga betul-betul masak, bolehla balik-balikkan roti tu. Dah siap, letakla sayuran, boh mayonis dan sos cili. Lepas tu apalagi, ngappppplaaaa~Hehe.



Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan, sila tinggalkan komen ye.Hehe.




cikgucomey:masak ikut suka.hehe

5 comments:

  1. Letak ler gambau. baru boleh bikin terliur ... he33

    ReplyDelete
  2. tengok ayat macam nak meleleh air liur... tapi betul cakap wachak.. kalo ada gambo... kompem meletup.. hehehe

    ReplyDelete
  3. hehehhe...cenggitu rupanya...nanti akak try ek...

    ReplyDelete
  4. serbuk kari 2 cmne bro? mcm nk try.

    ReplyDelete
  5. wachak,cacing~hari tu dah letak.hehe..kang letak lagi makin ramai yang terliur.haha

    kak jaja~try jangan xtry..penat boh resepi ni.haha

    darkbatman~serbuk kari tu bancuh sikit ngan air..lepas tu boh je dalam daging..kacau sampai sebati.kalau nak tumis dulu pun bleh.

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails