Monday, December 27, 2010

Ketiak Suami Ubat Penenang Jiwa

Haa..sapa suka cium ketiak suami angkat tangan!! 


Ele, malula tu nak ngaku. CikguComey tau ramai isteri-isteri kat luar sana suka cium ketiak suami yang masam tu kan. Haha. Okey, CikguComey ada info menarik nak kongsi pasal ketiak suami ni~


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi, kepada para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pssst:pengalaman ini hanya perempuan je yang tau betapa asyik dan rileksnya..FAKTA..serius..hihihi)



Cium jangan tak cium.Haha.


[pix:google]



Kajian juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena. Oleh itu, pesanan untuk para suami, JANGANLAH SHAVE KETIAK ANDA SAMPAI TOGEL, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu tu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang disenangi wanita.


::sumber info:diari Islam 2011



cikgucomey:lepas ni nak cium selalula.haha.

2 comments:

Komen jangan tak komen. Siapa komen, saya bagi 20 sen..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails