Monday, December 20, 2010

Breakfast Hari Ni

Hari ni saya sangat rajin. Sangat sangat ok! Hehe. Sebabnya, pagi-pagi buta dah memukul telur sampai kembang secara MANUAL! Diulangi MANUAL! 


Kalau dah namanya manual, confirmla pakai TANGAN kan. Bukan takda mixer dekat dapur tu. Tapi sebab ada rasa sikit perikemanusiaan , saya pun decide guna cara orang dolu-dolu. Nanti kalau guna mixer, ganggu orang yang tak puas tido pulak kan. So, guna tangan aje la. Lenguh tak payah cakapla. Nasibla tanganku kental! Haha.





Aksi-aksi pancake saya. Kalau rasa terliur, sila buat lepas ni ye. Haha.
Opss, lupa..pancake saya tak bulat sebab frying pan besor sangat. 
Tapi takpela. Kira jadikla ni!






Tapi berbaloila walaupun tangan penat kan. Sebab saya punya PANCAKE PISANG memang marveles! Hehe. Angkat bakul sendiri ok! Kalau nak resepi, sila jangan tanya ek. Sebab resepi saya memang campak2 aje. Takda sukatan yang betul-betul.



cikgucomey:mood rajin dah datang.hehe

Tuesday, December 14, 2010

Kabare??

Kabare semua..waras nggak?? Hehe.

Teman tau ramai yang rindu kat teman ni kan. Haha. Sorila yop. Banyak sangat menda yang berlaku dalam hidup teman ni. Tu yang tak sempat nak online. *alasan je.sebenarnya malas.ngeh3*

Almaklumla cuti sekolah. So mood pun cuti jugakla. Tapi jangan risau, lepas ni kompem teman ligat mengupdate blog teman. 

Thursday, November 25, 2010

Saya Minah Rempit?

Bukan minah rempit yang bawak motor tu. *psstt: motor pun I tak reti bawak tau.haha*
Ni minah yang suka bawa keta laju. Hehe. Takla laju sangat. Biasa-biasa aje.
Baru ada 2 saman, bukan 10!


Kadang-kadang tak perasan pun bawak laju. Dah sedap tekan paddle minyak, sampai tak perasan meter tu. Hehe. Alih-alih sampai "surat cinta" kat ofis husband.
Ampun yang.. (^__~)



Muka driver sopan semasa memandu.Ngeh3.
Agak2 kalau senyum macam ni dekat Pak Polisi
bisa lepas nggak?? Haha.





Harap-harapla takda saman baru. Risau gak ni. Hari tu lepas hantar husband kat Subang, terus direct balik Johor. Ngantok gila drive sorang2. Petang pulak tu. Tu yang pecut semacam je. Hehe. *walhal sebelum tu dah janji ngan hubby nak bawak pelan2 je.hihihi.semoga saya dilindungi dari saman ekor.gulp~*




cikgucomey:rempit dengan selamat.ngee~

Mood Ke Laut

Haih~
Sejak berada di bumi Johor ni, mood berblogging memang ke laut ke longkang semua la. Hehe.


Yang pasti mood SHOPPING memang ade je. Ngeh3.
Sampaikan Enchik Suami hari-hari SMS tanya, "hari ni sayang pergi mana plak??" *perli bini dia la tu*



Time yang ada ni la nak guna sebaik mungkin untuk mak abah. Bukan selalu balik lama kan. Ni la masa nak manja2 ngan mak kan. Cakap je nak makan apa, confirm dapat!



Cinta hati saya masa muda. Gila jambu. Haha. Time ni kurus lagi ok.
Sekarang, Ya Allah!! Masih kurus lagi, tapi perut sudah maju sikit. Kih3





cikgucomey:rindu bau enchik suami.hadoiiii~

Thursday, November 18, 2010

Sedap Kalau Dapat Ni..

Besok Enchik Suami balik! Yahoooo!! *macam dah lama tak jumpa jek ek.padahal every week mmg balik.hihihi*


So, kenala masak special2 sikit.
Dah lama dapur tak berasap. Ngeh3. Almaklumla, dok sorang.
Konon-konon tak lalu makan. Sebenarnya, M.A.L.A.S!! Hahaha~


Ok, sempena kepulangan SUAMI TERCINTA, CikguComey plan nak masak...


.




.




.



::KUEW TEOW HAILAM::


pix: norlilovescake



CikguComey pulak dok teringin nak makan kek ni. Tak tahulah kenapa.
Sejak2 ni suka sangat makan manis2. Adeii~Bahaya tu..
Jangan kena kencing manis sudah. Mintak dijauhkan!!


Memang teringin gila nak makan kek macam ni. Ada strawberi.
Biskut loveletters.
Hehe. Kompem sedapla..
Aduyaiii~ Bila boleh makan ni..




cikgucomey:kempunan tak dapat makan kek besday
.

Wednesday, November 17, 2010

Musim Kahwin

Bila cuti sekolah je, confirmla schedule penuh dengan kenduri kahwin member2 kan.


CikguComey dah susun jadual kenduri kawan-kawan.
Tiap-tiap minggu makan frela jawabnya. Hehe.
Weekend full dengan kenduri ok!


Ni schedule yang dah siap,



20/11
- Banting - TUYUN
(member UKM)


27/11
-Bandar Tenggara, Kulai - AZZA
(member sekola,member baik ni!)

- Kulim, Kedah - KAK HASLINA (ngaja satu sekola, baik jugak..huhu.tapi kirim hadiah je)

5/12
-Taman Nuri, A.Star, Kedah - MAS
(member baik jugak masa kat UKM)

- Parit Buntar, Perak - AYU
( member sekelas DPLI)


11/12
- Senai, Johor - Yaya
(member sekolah.baik jugak.adeii)
- Permatang Pauh, Penang - Fadzliyana
(Cikgu GSTT kat sekolah)

- Juru, Penang - Kak Rosyatimah ( cikgu satu sekolah)

18/12
- Sik, Kedah - Kak Naimah
(member sekelas DPLI)




*ni pun ada lagi yang tak masuk dalam schedule.huhu



Gambar yang dah basi. Hehe. Tengok aje la ek.
Jangan muntah sudah. Hahaha




cikgucomey:lama tak makan nasi beriyani.


Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA!

Mesti semua orang dengan busy dekat dapur. Huhu.



Sedih. Uwaaa!!!! (T___T)
CikguComey hanya baring sambil mengadap laptop dengan TV yang dipasang tapi takde sapa yang tengok. Tsk. Sadis sungguh hidupku ni.


Besok sape2 yang makan lemang, ketupat, rendang tu ingat-ingatla kat CikguComey ni. Makankan untuk CikguComey sekali ek.



SALAM AIDILADHA semua!



cikgucomey:teringin nak korban.

Alhamdulillah, Rezeki Raya Haji

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.


Eh, jangan salah faham. Rezeki anak belum tau lagi. Huhu.
*tolong doakan ek.moga-moga ada khabar gembira*



Lepas ni boleh shopping. Gaji dah masuk! Hehe. Alhamdulillah.



Bolehlah beli i-Phone sebijik. Hihi.
Takpun Blackberry. (^__~)




Sebenarnya, CikguComey sampai terlupa pasal gaji ni. Mungkin sebab ada sponsor kot. Haha.
Tapi okeyla kan. Dah ada duit sendiri. Lama woo tak rasa gaji sendiri! Seksa la gak.



cikgucomey:tetap dapat duit bulanan dari enchik sponsor.hehe

1st Time Raya di Perantauan

Tiba-tiba sayu pulak dengar lagu Dendang Perantau. Tsk.


1st time
tau CikguComey sambut Raya Haji sorang2 di perantauan. Kira perantauan la gak kan. Walaupun dalam Malaysia lagi. Ngeh3.


Enchik Suami pun hanya dapat cuti sehari je. So, dia decide tak nak balik.
Tak berbaloi pun
. Letih je. Takpela. CikguComey memahami.



Tak mau sedih2la. Kita layan lagu hepi2 ek.







cikgucomey:rindu nak makan ketupat ngan kuah kacang.

Sunday, November 14, 2010

20 Hari Je Lagi

Rasa cepat je hujung minggu ni berlalu.


Enchik Suami dah selamat sampai Subang. Huhu.
Rasa tak puas lagi manja-manja dengan Enchik Suami, dia dah kena balik. Haih~



Tabahlah wahai hati, ('',)


Semoga kasih sayang kami berterusan hingga akhir hayat.
Aminn~



Kursus Enchik Suami berbaki 20 hari lagi. Nak tunggu 20 hari tu rasa lamanyaaaaaa!!
Rindu nak ngadap dia hari-hari. Masak untuk dia. Cari uban dia. *almaklumla enchik suami kan dah veteran.haha* Segala-galanya untuk dia!


cikgucomey:PJJ bukan senang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails