Monday, August 9, 2010

Alahai Durian


::PUJAAN HATI::





Haihh durian..Kenapala ko ni menggoda je kejenya. Den tak tahan dengan godaan ko tu. Lagi-lagila bau ko yang semerbak wangi sampai habis bau satu rumah. Heh. Dapat pulak ko tu gebus, kuning keemasan. Adeii~ Memangla den ni tak kuat iman.


Tapi satu je la den ada geram sikit dengan ko ni. Bila dah sedap makan sampai sendawa pun bau durian *ekekekekeke*, badan den mulala nak demam. Panas dah badan ni gara-gara makan ko durian oiiii.


Tak apala. Sebab ko durian, den sanggup demam. Janji den puas hati dapat makan durian. Hehehe.*sebenarnya, alasan je makan durian demam.padahal dah banyak dosa2 kecik, tu yang Tuhan bagi demam.gulp~terus kelu lidah.*





cikgucomey:lepas gian makan durian.nanti dah puasa tak lalu dah nak makan.hehe

Friday, August 6, 2010

Korang Kenal WAK NANDRO??

Haaaaaaaa~Korang kenal tak WAK NANDRO? *sebut betul2..slanga jawa sket..NANDRO.hik3*


Saya pun tak kenal. Tahu nama saja tapi tak pernah bersua muka. Ecececeh~



Apa yang istimewa pasal WAK NANDRO ni??Siapa pulak la wak jawa ni ek??


Agaknya lebih kurang Wak ni kot mukanya. Ehehehe.
Toche En Google.




Mengikut cerita mak saya, masa saya nak kahwin, nenek saya ni b'iya-iya benor suruh mak saya panggil Wak ni. Tujuannya, suruh tengok2kan atau lebih senang kira macam baca2la apa yang patut. Jampi gitu supaya hujan tak turun. Nenek siap cakap, "Wak ni pandai. Mujarab."

Nak jadikan cerita, mak setuju aje cadangan nenek saya ni. Maka, datanglah Wak ni ke rumah masa hari saya sanding. Pulunla Wak ni berdoa. Konon-konon nak tolak hujan la, sekali ko..Hambikkk~Hujan selebat-lebat hujan! Mr Bucuk saya berarak kena hujan. Kesian, tapi maintain hensem. Ekekeke.

Mujarab ye Wak. Banyakla Wak punya mujarab. Wak nak lawan kuasa Tuhan. Kan dah malu sendiri. Haih~ Yang paling kurang hasamm, mula2 cakap bayaran sekihlas hati, alih-alih mintak RM130! Memang tak ikhlas Wak ni!Mentang2 ko nampak umah aku beso sket ko letak harga kaw2 ye!

Saya memang tak tahu menahu pasal Wak ni. Lepas majlis selesai, umah dah kemas, barulah mak cerita. Memang hangin gak la. Nenek ku pun satu hal, napela percaya benda2 macam tu. Patutnya solat hajat, ini dipanggil WAK NANDRO!


cikgucomey:sampai skrg kena perli dgn MR BUCUK. Wak ape tu..??

Kecik-kecik Cili Api

Bravo!Bravo!

Saya memang kagum la dengan si budak sekolah ni..AMIR IZZAT baru 16 tahun, tapi sudah jadik blogger tegar! Siap dah dapat check nuff lagi. Baguslah adik oi. Boleh simpan duit tu untuk masa depan.




Korang2 yang tak pernah g blog dia, blehla click kat gambo tu. Takpun kat nama dia tu.


cikgucomey:bilala nak advance mcm diorang.

Siapa NOR AZITA OSMAN?

Saya memang ketinggalan sikit.

Almaklumla sejak balik JB ni asyik ukur jalan je. Boleh kata hari-hari keluar. Entah apa yang busy sangat. Heh.

Pagi tadi dok belek2, terjah2 blog, ternampak isu NOR AZITA OSMAN.



Haih. Gitula kalau dah tersilap kata. Tersilap kata dalam facebook pulak tu. Terusla kena bambu kaw-kaw punya. Terus buang account facebook dia. Huhu. Penangan FACEBOOK!


Saya tak nak komen panjang lebar. Seantero Malaysia dah tahu pasal isu ni kan.



Saya pun tinggal merantau di negeri orang, tapi alhamdulillah masih boleh sesuaikan diri. Biasala, tempat sendiri tak sama dengan tempat lain. Sekurang-kurangnya bersyukur Tuhan masih bagi nikmat hidup. Merungut senyap2 sudahla. Tak payahla sampai ke FB ye!


Pesanan saya, sebelum tulis apa-apa, fikirla sehabis-habisnya. Jangan ikut sedap mulut je. Dan kita sebagai hamba Allah, apalah salah maafkan cik Nor Azita kita ni. Setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan.



aarecomel:bangga jadi anak JOHOR.

GCB::Sedap Banget::



Eh GCB ke BCG ek?? Heh. BCG tu injection masa darjah 6 kan. Ok. Bukan BCG, GCB..


Macam manala nak kurus. Asyik makan je. Hahaha.


Tapi seriously heaven dapat makan GCB. Ala burger McDonald yang baru tu. Not badla. Compared tu Pocket Full KFC *betul ke pocket full?hentam sajela.janji ade pocket2 tu dekat2la tu.hehe* tu better makan GCB. Tapi ikut tekak masing2la kan. Ada orang prefer Pocket Full.

Bold
Saya pilih GCB!


::GCB::
Grilled Chicken Burger



Sape2 yang tak pernah try lagi, korang cepat2la g Mcd. Limited edition. Tapi pada sapa yang berdiet tu, dinasihatkan tak payahla ek. Kang bertambah-tambah lemak. Hahaha. Cikgu Comey takpe. Balik makan je terus kayuh basikal. Hua3.



aarecomel:bukan selalu makan McD.

Wednesday, August 4, 2010

Saya dah Kurus!

Waaaaa~Cikgu Comey dah kurus??

Biar betul??Ekekeke. Percaya jangan tak percaya ye.


Sebelum dihantar pulang, Encik Suami berpesan:

"Yang, nanti lepas sebulan Abang nak tengok ayang kurus tau."

Si isteri yang comey lagi rupawan menjawab dengan penuh sopan ada
unsur manja2 sket *gedik2*:

"Yola abang. Confirm ayang kurus nanti.
Kan dekat umah mak ada basikal."


.




.




.




.




Ni la rupa basikal tu. Penat den kayuh tau.
Asik tengok jam je bila kayuh. Lambat beno nak setengah jam.
Ekekeke.


Tapi misi masih tak berjaya lagi. Hahaha. Takpe. Ada 2 minggu lagi. Adeii~Sempat ke? Harusslaa beli JUSMATE 5 uolsss!Ngeh3. Ada sape2 nak sponsor?? Hee~



aarecomel:taknak kurus sgt nti xcomey plak.hua3

Bandi Amuk Bukak Topeng

::BANDI AMUK::


Lama tak dengar cerita Bandi Amuk ni kan.

Dia ni kalau buat show mesti bertopeng. Tak tahu apa relevannya dia bertopeng. Heh. Tapi tak kisahla kan. Layan je~

Alkisahnya, semalam saya dah terserempak ngan Bandi ni masa isi minyak kereta kat Shell Skudai. Ala, Shell yang sebelahnya ada McDonald tu. Budak2 UTM confirm tau la. Memang tempat lepak diorang. *saya kadang2 je lepak situ.hehe*

Kali ni memang livela tengok dia tak bertopeng. Rambut maintain panjang. Tapi tengok sekali imbas je dah tau tu Bandi. Boleh kenal mata dia tu. Tapi takda perasaan pun. Takde pulak nak mintak autograf ke bergambar ke. Mungkin sebab tau dia memang duduk area Skudai ni *tau rumah dia tapi tak nak btau. Sapa nak tau, boleh tapi 20 sen..hik3* so anytime boleh terserempak lagi.


Dia ni mungkin peminat Bandi.
Hepi gila bila dapat jumpa Bandi live version.


aarecomel:suka lagu rock kapak.

Tuesday, August 3, 2010

I'm Super Happy!

Yeay!Saya super dooper happy hari ni. Hehehe.

Mula-mula tadi dah letih sangat. Lepas solat Zuhur, rasa mahu ngorok je. Tapi tiba-tiba tergerak pulak nak check nuff. Sekali tengok..Eh duit saya makin banyakla. Hihihi. Walaupun jauh lagi boleh cash out, saya tak kisah. Janji duit makin naik kan. Sikit-sikit lama2 jadik bukit. Ye tak.



Korang ada ke duit bertimbun macam ni??Takde kan.
Hehe. *takut gak bila banyak duit.huhu.kompem ramai yang nak rompak.auuwww~*





Ok, tu je nak bgtau. Hee~



aarecomel:bersederhana itu lebih baik.

Monday, August 2, 2010

2nd Award From Ataicha


1. Ucap terima kasih kat insan yang tag kat kita tu dan jangan lupa link kan

Firstly, nak ucapkan thanks kepada .. ataicha. Mekasih ek ataicha sebab murah hati sangat bagi award ni.Hehe



2. Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe..

Nanti eh. Tak larat dah ni. Esok I tag. Hehe




3. Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang
Belum lagi. Esok ye.


4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri
~Umur masuk 25.
~Asal JB, sekarang dok Butterworth
~Dah kahwin dengan En Mohd Nazri
~Anak bongsu dari 4 beradik
~Suka masak
~Suka bawak keta laju2 sampai kena panggil minah rempit. Heh *alamak!tiba2 t'ingat ada 2 saman tak bayar lagi. Ekekeke*
~Bila ngajo, memang garang tapi maintain comey. Ngee~

Sunday, August 1, 2010

I'm 25, not 17!


Selalunya orang suka bila orang lain cakap dia nampak muda. Sapa tak sukakan. *sape tak suka sila angkat kaki.hee~*

Bukan nak meninggi diri. Tapi ramai orang yang 1st time jumpa saya akan tanya soalan ni.

"Belajar kat mana?"

Tak pun, diorang mesti tanya,


"Baru habis sekolah ke?"


Adoyai~Muka saya ni budak2 sangat ke? Mula-mula memangla rasa suka kan bila orang cakap kita nampak muda. Tapi kalau dah selalu sangat, jadik macam tak best plak. Huhu.


Bila saya cakap yang saya ni umur 25, diorang terkejut. Tambah terkejut bila tahu dah kahwin! Yes, I'm married! Apa, ingat orang gemuk tak laku ke? Heh. *apsal ayat macam emo pulak ni.hehe*



Confuse.Tapi malasla den nak fikir.
Janji den maintain comey.Hik3.



Hurmmm. Tak kisahla kan. Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah. Muda pun muda la, janji Encik Bucuk sayang saya. Ekekekeke.


aarecomel:korang rasa saya ni awet muda ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails